Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Thursday, December 20, 2007

TAKBIR RAYA...SEJAUH MANA PENGHAYATAN?

الله أكبر...الله أكبر...الله أكبر

الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا

لاإله إلاالله ولا نعبد إلاإياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون

لاإله إلاالله وحده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده

لاإله إلاالله والله أكبر

الله أكبر ولله الحمد

Setiap tahun umat Islam menyambut dua hari raya iaitu ‘Aidil Fitri dan ‘Aidil Adha pada bulan Syawal dan Zulhijjah. Ini bermakna setiap kali pada dua hari raya ini kita akan melaungkan takbir ini sebanyak yang mungkin mengagungkan kebesaran Allah yang tiada tolok bandingan.

Mengikut sirah, takbir raya ini dilaungkan buat pertama kalinya tika mana umat islam meraih kemenangan dalam perang Ahzab atau lebih dikenali dengan perang Khandak. Bayangkan umat Islam berhadapan dengan tentera bersekutu yang bergabung dengan musyrikin makkah, yahudi dan munafik, dikepung pula dari setiap sudut kota Madinah. Keadaan bertambah buruk apabila tiada bekalan air dan makanan untuk menambah tenaga tentera muslimin. Datang beberapa orang sahabat kepada nabi tanpa daya mengeluarkan kata sambil menunjukkan seketul batu yang terikat di perut masing2. Namun, Rasulullah tidak mampu memberi janji2 dunia kepada mereka cuma boleh menjanjikan kemenangan bagi umat islam.

Tatkala nabi menyelak baju, terlihatlah dua ketul batu yang terikat menunjukkan nabi lebih lapar lagi dari mereka namun baginda tetap tabah dan sabar serta yakin dengan pertolongan Allah.

Lihatlah saudara2ku sekalian, demi menegakkan agama Allah nabi kita sanggup berkorban apa saja sekalipun dengan jiwa. Sebak rasanya bila siaran radio IKIM yang menceritakan kisah ini ke udara ketika dalam perjalanan ke masjid untuk solat sunat aidiladha pagi tadi.

Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Tatkala tentera muslimin meraih kemenangan maka bertakbirlah seperti mana yang kita takbir pada hari ini dan Nabi kita sendiri yang mengetuai takbir ini dengan penuh khusyu’ sebagai tanda kesyukuran tidak terhingga.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah hati merasakan kebesaran Allah bilamana melaungkan takbir raya ini? Sama2lah kita muhasabah diri moga bertambah keimanan dan ketaqwaan setiap kali menjelang hari raya. Semoga kita juga sanggup berkorban jiwa dan segalanya untuk agama Allah ini sepertimana yang ditunjukkan oleh nabi kita s.a.w dan para sahabat. ALLAHU AKBAR!

No comments: