Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Tuesday, December 04, 2007

Haji...bukti pengorbanan cinta suci


Menyelusuri kisah nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya nabi Ismail a.s semata-mata menunaikan perintah Allah, bagaimana kesabaran Siti Hajar ketikamana ditinggalkan oleh suami tercinta di padang pasir yang jauh dan tandus tiada berpenghuni. Tidak dapat dibayang dengan fikiran, bagaimana keperitan dan kesusahan yang dialami oleh mereka yg diuji keimanan dengan sebuah kasih sayang.
Pilunya hati mengenang nasib yang tersurat berpisah dengan orang yang dicintai. Nabi Ibrahim pergi tanpa kata…setiap pertanyaan siti hajar tidak mampu dijawabnya. Rasa sebak didada cuba ditahan sedaya upaya dengan anak yang masih kecil namun demi cintanya kepada Allah dituruti segala perintah dengan kerelaan hati dan menyerahkan nasib anak dan isteri kepada Allah. Kerana…beliau amat yakin Allah tidak akan mempersia-siakan hamba2Nya. Dialah Yang Maha Penyayang lebih dari kasih seorang ibu pada anaknya, Dialah Yang Memberi Rezeki, Dialah Yg Memiliki segalanya. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menzalimi hamba2Nya melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri sendiri.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين
Inilah doa yang diajar oleh Allah kepada ayah kita nabi Adam a.s ketikamana dikeluarkan dari syurga lantaran kesalahan yang dilakukan akibat terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah. Diturunkan ke dunia terpisah pula dengan Siti Hawa bertambah perit rasanya kehidupan yang dilalui. Bertahun lamanya mereka saling mencari dengan doa yang tak putus2 menyesali kesilapan yang lalu. Kerana mereka yakin bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Dengan rahmat Allah berkat kesungguhan berdoa memohon ampun dan bertaubat lalu dipertemukan mereka semula di Padang Arafah.
Setiap kali aidil adha bertandang, pasti kisah2 ini diputar kembali samada di majalah, atau di radio dan ceramah2 agama. Mengalir airmata bila membayangkan ujian yang diterima terlalu sedikit dibandingkan dengan apa yang telah mereka lalui. Cinta mereka kepada Allah mengatasi segala2nya. Mengharap dan pasrah hanya pada Ilahi.
Mudah2n kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah2 ini semoga bertambah keimanan dan sanggup berkorban jiwa dan raga demi cinta kepada Allah.
Ingatlah syaitan tidak akan jemu menggoda dan mengajak manusia kepada sikap berputus asa dan tidak redha. Sebagai hamba yang sentiasa lemah banyakkan memohon pertolongan dan perlindungan dariNya.

Haji mengingatkan kita pada sejarah
Pengorbanan yang ikhlas lagi suci
Kerana Allah N.Ibrahim sembelih anaknya
Siti Hajar kerana Allah taat pada suami tinggal sendiri
Di Tanah Haram suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang
Hanya tawakkal pada Ilahi

No comments: