Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Tuesday, May 20, 2008

Hari Guru: memadaikah 16 Mei ?

Guru...sptmana yg kita maklum adalah yg berusaha menyampaikan ilmu buat penyuluh ummah ini dan kerana itulah ada hari yg khusus sebagai pnghargaan buat mereka kerana jasa dan bakti yg ditaburkan.
Tanggal 16 Mei berebut-rebut pelajar membeli dan memberi hadiah istimewa buat guru kesayangan mereka hingga ada yg sanggup kumpul duit semata2 untuk tunggu hari ini. Tidak kurang juga yang memaksa ibubapa. Masing2 bersaing dengan rakan2 dalam memberi yang terbaik. Di sekolah2 pula sambutan di adakan dengan kuiz dan permainan tidak kurang juga murid2 yg mengambil kesempatan untuk mengenakan guru mereka pada hari ini.
Namun...walau apa yg dilakukan...adakah ini yang dituntut dalam Islam?adakah penghargaan 16 Mei ini cukup buat menghargai segala jasa mereka? adakah dengan berbangga dengan hadiah yang diberi sudah memadai dan...adakah ini yang sebenarnya setiap guru inginkan?
Sahabat2 pengunjung yg dirahmati Allah,
Sememangnya tugas dan tanggungjawab guru itu amat besar dan berat dan ia adalah pekerjaan yang paling tinggi nilainya disisi Allah. Kerana tugasnya yang utama adalah mengajar manusia mengenal Allah, memimpin kepada jalan kebenaran, mengembangkan ilmu Allah yang amat luas ini dan mestilah semua ilmu walau di bidang mana sekalipun kembali kepada Allah pemilik segala ilmu2 ini.
Sudah tentulah dunia ini bukan ganjarannya bagi guru2 yang ikhlas. Harapan mereka hanya mahu melihat anak2 didik beriman kepada Allah, berjuang menegakkan agama Allah dan mendirikan daulah Islamiyah.
Besar harapan guru....setiap peluh dan tenaga hanya Allah yang dapat memberi upah yang setimpal moga Allah memberkati jasa semua guru.
Tapi kita pada hari ini amat berbangga dengan hadiah menyatakan jasamu dikenang, terima kasih atas segala tunjuk ajar namun....akhlak tak seperti yang disampaikan oleh guru, tanpa segan silu melakukan ma'siat, berebut-rebut membeli makanan bersaing dengan guru hingga sanggup melihat guru tidak makan hanya untuk memenuhi tembolok mereka dahulu. Bila bertembung tidak memberi salam, tidak menunaikan perintah Allah dan tidak menghormati guru dan ibubapa, menjadi sampah masyarakat...di manakah penghargaan?
Nabi Sulaiman ketikamana berdakwah kepada Ratu Balqis mengajak beriman kepada Allah memberikan ilmu untuk mengenal Allah dengan menyatakan matahari itu tidak layak untuk disembah. Apa yg Ratu Balqis lakukan setelah mengetahuinya? Beliau menghantar hadiah yang amat mahal dan yang terbaik buat Nabi Sulaiman tapi bukan menyahut seruan baginda a.s. Nabi Sulaiman bersabda: " apa yang Allah beri kepadaku jauh lebih baik dengan apa yang kamu beri tapi...kamu amat berbangga dengan hadiah kamu"boleh rujuk dalam surah An-Naml ayat 15-44 kisah ini di dalam al-quran. Nabi Sulaiman tidak mahu menerima hadiah tersebut kerana apa diinginkan adalah keimanan dan menyahut seruannya supaya menyerah diri kepada Allah.
Kalau kita lihat sirah nabi, para sahabat dan ulama' terdahulu beginilah sikap mereka terhadap hadiah yang diberi oleh manusia. Inilah yang dikatakan guru penyuluh ummah, tidak pernah mengharap habuan dunia yg tiada ertinya. Tidak pernah berungut tentang gaji yang diterima banyak dan kurang adalah kurnia dari Allah kerana seorang guru yang beriman percaya bahawa rezeki itu di tangan Allah dan sbgai hamba berusaha adalah kewajipan. Mengajar ummah mendidik menuju jalan kepada Allah adalah amanah!
Tiada yang lebih sesuai dan yang lebih baik dari mencontohi Rasulullah saw tak kan kita lebih hebat dari baginda, para sahabat dan ulama' salafus soleh ini?kepada guru, jadilah guru yang beriman, ikhlas dan bertanggungjawab menunaikan amanah kerana Allah....kepada pelajar, tuntutlah ilmu bersungguh2 dan amalkanlah dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yg bertaqwa dan membela agamaNya.
wallahu a'lam sama2lah kita berusaha menuju kepada Allah matlamat kita semua.
'tidak dikatakan seseorang itu berilmu sehingga dia mengenali Tuhannya dan beriman'

Saturday, May 17, 2008

taubat

Tuhan...
Dunia akhir zaman terlalu lemah untukku hadapi
hingga ku rasa asing di bumiMu ini
syaitan menggodaku tanpa henti...
dunia memburuku saban hari...
nafsu yang selalu dengan tipu daya meracun diri...
Tuhan...
ke manakah dapat ku pergi?
menyelamatkan diri dari segala yang keji
walau ke penjuru dunia pun tak dapat mengatasi
kepadaMu Tuhan aku berlari
seluruh jiwa ku menyerahkan diri
menangis dan sujud menyesali diri
terimah daku kembali