Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Friday, December 21, 2007

Maaf 0-0 : Adat @ Ikhlas?


Istilah 0-0 yang sudah menjadi lambang permohonan maaf itu zahirnya membawa maksud setiap kesalahan atau apa yang terbuku di hati dimaafkan begitu sahaja tanpa perlu dipertikaikan lagi.

Permohonan maaf 0-0 yang digunakan merujuk kepada maksud saling memaafkan adalah kurang sesuai kerana penghayatan yang tidak ketara berbanding jika pesalah memohon maaf dengan menyatakan kesalahannya dengan harapan dimaafkan oleh orang yang dipohon.

Sebaliknya jika tidak ada apa2 kesalahan di antara kedua-dua mereka dan istilah 0-0 itu sekadar merujuk kepada yang umum ia tidaklah salah kerana ia hanyalah penggunaan bahasa sahaja tetapi maksudnya difahami.

Namun, jika seseorang itu mengambil peluang menggunakan istilah 0-0 untuk memohon pengampunan ke atas kesalahan besar yang dilakukan, ia tidak menentukan kesalahan tersebut dimaafkan kerana mangsa tidak mengetahui mengenai kesalahan besar itu.

Bahkan ucapan yang biasa digunakan oleh para sahabat Rasulullah ketika hari raya ialah تقبل الله منا ومنك

Yang bermaksud “semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu”

Disebut dalam sebuah hadis yang bermaksud “Adalah sahabat2 Rasulullah apabila bertemu pada hari raya sebahagian daripada mereka mengucapkan TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM” (Fiqhus Sunnah)

Menunggu sehingga tibanya hari raya untuk memohon maaf terhadap kesalahan besar yang dilakukan terhadap orang lain adalah amalan yang salah. Cara masyarakat kita memohon maaf hanyalah sebagai memenuhi tuntutan adat yang biasa diamalkan walaupun tidak ada kesalahan yang dilakukan antara satu sama lain.

Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan terhadap orang lain perlu memohon maaf seberapa segera dan menyatakan jenis kesalahannya kerana itu menentukan sama ada ia boleh dimaafkan atau tidak.

Mereka juga mestilah memohon keampunan kepada Allah kerana menyakitkan hati oranglain atau melakukan kesalahan yang dilarang agama. Pesalah juga tidak boleh mengulangi kesalahan yang sama setelah memohon maaf kerana itu menunjukkan bahawa pesalah belum benar2 menyesal atas perbuatannya.

Maaf mungkin diterima tetapi itu tidak bermakna hutang tidak perlu dibayar kerana kemaafan tidak bermakna segala-galanya dilupakan begitu sahaja.

Bagaimanapun hari ini permohonan disertai keikhlasan tanpa menyebut kesalahan perlu diterima dan dimaafkan tanpa bertanya lebih lanjut. Ia merupakan seolah-olah satu adapt dan tidak menampakkan kesungguhan seperti memohon maaf kepada orangtua.

Cara memohon maaf sebenarnya menurut islam adalah kedua-dua pihak bersemuka, menatap wajah masing2, memandang mata dan fikir semula kesalahan yang dilakukan dan akhirnya memaafkannya.

Cara memohon maaf dengan ibubapa seharusnya digunakan ketika memohon maaf dengan teman dan jiran2 kerana kaedah itu paling baik dan penuh dengan keikhlasan.

Wallahu a’lam.

No comments: