Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Saturday, December 09, 2006

Sepintas Lalu

Assalamualaikum kaifa halukum? Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Bagaimana dengan Al-Quran yang menjadi panduan hidup kita? Adakah sentiasa mendampinginya atau hanya sesekali bila teringat? Atau pun tersusun rapi hanya di jadikan perhiasan?
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai umat Islam dan umat Nabi Muhammad s.a.w kita tidak dapat lari dari beriman dengan al-Quran. Keimanan tidak boleh diakui hanya dengan lidah sahaja atau niat sudah memadai tetapi dengan menggabungjalinkan hati, lisan dan anggota. Kalau kata ibunda dijadikan azimat, kata ayahanda pembakar semangat, kata kekasih janji terikat, kata sahabat sebagai penguat namun kata-kata Tuhan adalah syafaat dan penyelamat. Kata manusia hanya sementara namun kata-kata Tuhan menjanjikan syurga. Membaca Al-Quran sahaja dijanjikan pahala, apatah lagi dengan memeliharanya sepenuh jiwa.
Oleh itu, jadikanlah kalam-kalam Allah sebagai sumber inspirasi, tidak jemu untuk membaca, mengulang dan menghafaz. Tidak jemu juga untuk memperbaiki peribadi mudah-mudahan bertambah ketaqwaan dengan akhlak al-Quran. Selamat di dunia..... selamat juga di akhirat. Wallahu a'lam

Tindakan Pengukuhan Hafazan Al-Quran

TINDAKAN PENGUKUHAN 1

  • Baca di waktu pagi
  1. . Sebelum solat fajar
  2. Selepas solat fajar
  3. Sepanjang waktu pagi
  • Membaca dan mengulang al-Quran secara berterusan
  1. Membaca dan mengulang setiap hari
  2. Membaca dan mengulang berselang hari
  3. Mengulang dengan kadar tertentu
  • Mengulang al-Quran secara berjadual
  1. Jadual mengikut jam, rubu’@maqra’, juzu’
  2. Jadual harian, mingguan dan bulanan
  3. Jadual pakej (surah) tertentu
  • Mendengarkan bacaan pada orang lain
  1. membaca di hadapan guru
  2. Membaca dengan kawan
  3. Membaca dengan ahli al-Quran
  • Memberhentikan bacaan dengan tadabbur
  1. Membaca dengan hati yang tenang
  2. Membaca dengan tartil dan perlahan-lahan


TINDAKAN PENGUKUHAN 2

  • Sentiasa ingat untuk membaca
  • Sentiasa membaca al-Quran
  • Jadikan hari membacaJadikan hari mengulang
  • Jadikan hari menghafaz
  • Membaca dengan suara yang jelas dan kuat
  • Membaca al-Quran di masjid atau surau dll
  • Membaca al-Quran dalam solat fardhu dan sunat
  • Membaca al-Quran pada bulan Ramadhan

TINDAKAN PENGUKUHAN 3

  • Mendampingi ahli al-Quran
  • Membaca al-Quran dari pakar-pakar al-Quran
  1. Talaqqi dan musyafahah
  2. Takrir, tasmi’ dan murajaah
  • Menghafaz surah-surah yang mempunyai kelebihan
  • Membaca al-Quran sebagaimana nabi membaca pada waktu-waktu tertentu

TINDAKAN PENGUKUHAN 4

  • Kurangkan sibuk
  • Tumpuan masa
  • Sabar dan keazaman yang kuat
  • Mengkaji ayat-ayat yang dibaca
  • Meninggalkan maksiat


TINDAKAN PENGUKUHAN 5

  • Menyemak al-Quran
  • Menyemak buku yang di dalamnya ada ayat al-Quran
  • Memberi sumbangan kepada masyarakat
  1. Tashih bacaan
  2. Ilmu tajwid
  3. Sejarah al-Quran
  4. Kaedah dan DhabtRasm Uthmani
  • Menjadi imam di surau dan masjid

TINDAKAN PENGUKUHAN 6

  • Mengulang mengikut surah-surah tertentu
  • Latihan imam solat tarawih
  • Guru bimbingan al-Quran
  • Membaca al-Quran dalam majlis tadarus al-Quran
  • Menyertai musabaqah tahfiz al-Quran


Renungi frman Allah yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

-Al-Ankabut: 69-

Sabda Nabi s.a.w:

"Bacalah olehmu al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat memberi syafaat kepada tuannya."

-riwayat Muslim-

Thursday, November 16, 2006

Surat Saidina Umar kepada Hafiz Al-Quran dan beberapa orang ulama’

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Dari hamba Allah Umar kepada Abdullah bin Qais dan mereka yang menghafaz A-Quran.
Selamat sejahtera ke atas kamu, amma ba’du;
Sesungguhnya Al-Quran ini adalah satu yang teristimewa bagi kamu, dalam mendapatkan pahala, kemuliaan dan perbendaharaan, maka ikutlah ia, sesiapa yang meninggalkan Al-Quran ia akan ditolak hingga tercampak ke neraka, sesiapa yang berpegang teguh kepada Al-Quran maka Al-Quran akan mengangkatnya ke Taman Syurga Firdaus, lalu kamu akan mendapat syafaat Al-Qurandan tiada penghalang bagi kamu. Sesungguhnya siapa yang mendapat Syafaat Al-Quran akan mendapat syurga. Siapa yang dihalang oleh Al-Quran maka ia akan menjadi penghuni Neraka.

KUALITI HAFAZAN


KUALITI HAFAZAN 1
  • bertalaqi dengan guru
  • musyafahah dengan guru
  • membaca dengan kawan
  • ada jadual mengulang

KUALITI HAFAZAN 2
  • menggunakan system halaqah
  • memahami ayat yang dibaca
  • membaca dengan tartil

KUALITI HAFAZAN 3
  • memahami makhraj dan sifat huruf dengan baik
  • memahami hukum tajwid am dan khas
  • mengetahui hokum waqf dan ibtida’

KUALITI HAFAZAN 4
  • mengetahui hukum Fawasil ayat
  • mengetahui ilmu Dhabtul Quran
  • mengetahui ilmu Rasm Uthmani

KUALITI HAFAZAN 5
  • mengetahui tafsir al-quran
  • mengetahui qiraat
  • banyak berdoa

Jadikan Al-Quran Sebagai Teman


Assalamualaikum…kaifa halukum jami’an? Ahlan wasahlan bagi yang sudi mengunjungi blog ini. Pada keluaran yang lepas kita telah dipaparkan di antara kelebihan-kelebihan bagi orang yang membaca Al-Quran dan juga penggunaan Bismillahirrahmanirrahim dalam kehidupan seharian.
Kali ini Galeri Sufi mengajak kita semua termasuk diri yg menyeru terutamanya, agar menjadikan Al-Quran sebagai teman yang paling setia
Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian,
Pernahkah kita terasa keseorangan sebatang kara di dunia ini?rasa kesunyian walau dalam keramaian?atau bagaimana perasaan kita dikala teman yg kita harapkan kehadirannya disaat2 kita memerlukan tidak mampu berada di sisi?sudah tentu kita rasa kesedihan mencengkam diri, kehidupan tiada bererti lagi, lebih baik pergi membunuh diri….Aduhai kasihan…berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Walaubagaimanapun janganlah sampai merosakkan diri sendiri kerna diri adalah amanah yang perlu dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai Umat Nabi Muhammad s.a.w yang dikurniakan Al-Quran mukjizat teragung sehingga hari qiamat. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Di dalamnya terkandung perlembagaan hidup yang tidak akan sesat buat selama2nya. Selaku umatnya gunakanlah nikmat dan keistimewaan ini untuk memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Tahukah sahabat2, Al-Quran bukan sahaja membacanya diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda tetapi juga sebagai teman yang setia. Jika menemuinya sewaktu dalam kesedihan pasti rasa terhibur tatkala bersamanya. Sebaliknya jika menemuinya dalam keadaan gembira pasti kita diperingatkan dengan kesyukuran dan waspada dari azab neraka Allah s.w.t. Perasaan seperti ini hanya akan ditemui bagi mereka yang sentiasa mendampingi Al-Quran dengan tawadhu’ dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Tak rugi menjadikan Al-Quran sebagai teman, selain mendapat keuntungan di dunia ia juga sebagai pembela di akhirat nanti.
Oleh itu sahabat2, jangan bimbang jka tidak berteman, usah resah jika ditinggalkan kerana dengan Al-Quran kita tidak lagi rasa kesepian bahkan impian akan menjadi kenyataan, kesedihan bertukar kegembiraan dan sengsara menjadi bahagia….insyaAllah.

Sunday, July 16, 2006

HADIS KELEBIHAN AL QURAN



1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.( Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.( Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.( Riwayat Bukhari & Muslim )

8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )

12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.( Riwayat Muslim )

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )

14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya.( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

ADAB MEMBACA AL QURAN

1. Membersihkan mulut dengan bersugi sebelum membaca Al Quran.
2. Membaca Al Quran di tempat yang bersih samada di masjid atau sebagainya.
3. Mengadap Kiblat ketika membaca Al Quran.
4. Memohon perlindungan dengan Allah daripada Syaitan sebelum membaca Al Quran.

Firman Allah Ta'ala :
Apabila engkau membaca Al Quran maka pohonlah perlindungan Allah daripada Syaitan yang direjam.( Surah An Nahl – ayat 98 )

5. Membaca Bismillah pada permulaan surah kecuali Surah At Taubah.

6. Khusyu' dan tadabbur ketika membaca Al Quran.
Firman Allah Ta'ala :
Mengapakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataupun hati mereka terkunci.( Surah Muhammad - ayat 24 )

Firman Allah Ta'ala :
Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya.( Surah Saad - ayat 29 )


7. Membaca Al Quran secara baik, melagukannya serta memperelokkan suara.
Firman Allah Ta'ala :
Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.( Surah Al Muzammil - ayat 4 )

Daripada Abu Hurairah r.a. telah bersabda Rasulullah S.A.W bermaksud : Bukan dari golonganku orang-orang yang tidak memperelokkan suaranya ketika membaca Al Quran.( Riwayat Bukhari )Daripada Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah menggalakkan kepada hambanya sebagaimana Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. supaya memperelok dan mengangkat suara ketika membaca Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )

8. Tenang dan tidak gopoh ketika membaca Al Quran. daripada Abi Wail daripada Abdullah berkata : Pada waktu pagi kami pergi kepada Abdullah, dia berkata : Seorang lelaki berkata, dia membaca Al Quran satu perempat daripada Al Quran kelmarin, dia berkata : Ia membaca Al Quran terlalu cepat tanpa memelihara Tajwid seumpama membaca syair, sesungguhnya kami telah mendengar bacaan tersebut, dan sesungguhnya aku mengetahui beberapa surah bersampingan yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W. iaitu : Lapan belas surah daripada satu perempat Al Quran dan dua surah yang bermula dengan kalimah " Haa Miim ".( Riwayat Bukhari )

9. Membaca Al Quran dengan lanjut. Daripada Qatadah r.a. berkata : Aku bertanya Anas Bin Malik r.a. tentang bacaan Rasulullah S.A.W. dan beliau menjawab : Baginda membaca selanjut-lanjutnya. Di dalam riwayat lain : Anas membaca " Bismillahirrahmanirrahim " dia melanjutkan " Bismillah", dia melanjutkan " Arrahman " dan dia melanjutkan " Arrahim ".Daripada Ummu Salamah r.a. : Beliau menyifatkan bacaan Rasulullah S.A.W. seumpama bacaan tafsir satu huruf, satu huruf. Riwayat Abu Daud, Tarmizi, Nasai'e. Tarmizi berkata : ( Hadis ini hasan sahih ).

10. Berhenti untuk berdoa ketika membaca ayat rahmat dan ayat azab. Daripada Huzaifah r.a. ia berkata ; Aku bersembahyang bersama Nabi Muhammad S.A.W. pada satu malam, baginda membaca Surah Al Baqarah kemudian An Nisaa' kemudian A-li 'Imraan. Baginda membaca secara terhenti-henti apabila sampai ayat tasbih maka baginda bertasbih dan apabila baginda membaca ayat tentang permohonan maka baginda memohon dan apabila membaca ayat mohon perlindungan maka baginda mohon berlindung dengan Allah S.W.T. ( Riwayat Muslim )

11. Menangis, sedih dan terkesan ketika membaca Al Quran.
Allah berfirman :
Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul ( Muhammad ), kamu lihat mata mereka bercucuran dengan air mata disebabkan kebenaran ( Al Quran ) yang telah mereka ketahui ( dari kitab-kitab mereka sendiri ) ; seraya berkata : " Ya tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi ( atas kebenaran Al Quran dan kenabian Nabi Muhammad S.A.W. ) ( Surah Al Maaidah - ayat 83 )
Allah Ta'ala berfirman :

Katakanlah " Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman ( sama saja bagi Allah ). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelum Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata : " Maha suci tuhan kami ; sesungguhnya janji tuhan kami pasti penuh ". Dan mereka menyungkur muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.( Surah Al Israa' - ayat 107, 108 & 109 )

12. Sujud Tilawah. Disahkan daripada Omar r.a. bahawa ia membaca di atas mimbar pada hari Jumaat Surah An Nahl sehingga sampai ayat sujud maka beliau turun dan sujud, orang ramai turut sujud bersama beliau. Sehingga apabila tiba hari Jumaat ia membaca surah tersebut dan apabila sampai kepada ayat sujud ia berkata : Wahai manusia sekelian, sesungguhnya kita melalui ayat sujud maka barangsiapa sujud ia beroleh pahala, dan barangsiapa yang tidak sujud tiada dosa baginya dan Omar r.a tidak sujud pada ketika itu.( Riwayat Bukhari )

13. Bersederhana antara membaca dengan suara kuat dan perlahan firman Allah Ta'ala :
Dan janganlah kamu menguatkan suaramu dalam solat dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah antara keduanya.( Surah Al Israa' - ayat 110 ) Daripada 'Uqbah Bin Amir r.a. berakata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Orang yang membaca Al Quran secara perlahan-lahan seperti bersedekah secara sembunyi.( Riawayat Abu Daud dan Tarmizi dan An Nisai'e )( Tarmizi berkata : Hadis ini hasan )


14. Menjauhkan daripada ketawa, berborak-borak dan bercakap-cakap ketika membaca
Al Quran firman Allah Ta'ala :

Dan apabila dibacakan Al Quran maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.( Surah Al A'raaf - ayat 204 )

15. Apabila membaca Al Quran mengikut bacaan tertentu ( Qiraat ) maka perlu berterusan dengan mengikut bacaan tersebut tanpa mengubah kepada bacaan yang lain kerana ia merupakan salah satu adab daripada adab-adab bacaan Al Quran.

16. Memperbanyakkan bacaan Al Quran dan mengkhatamkannya. Daripada Abdullah Bin 'Amru beliau menceritakan : Rasulullah S.A.W. bersabda : Bacalah Al Quran dalam masa sebulan. Aku menjawab : Aku masih mampu. Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : Bacalah ia dalam masa sepuluh hari. Aku menjawab: Sesungguhnya aku masih lagi mampu. Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : Bacalah ia dalam masa tujuh hari dan jangan lebih dari itu.( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Monday, June 26, 2006

Tazkirah & Renungan Buat Diri Yang Lupa

Kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk diucapkan.
Dalam hadis Rasullullah SAW Bersabda:
"Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2.Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.
Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka,menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pendek kata dalam semua perkara dia selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti. Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji si isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik". Lalu si isteri pun menerimanya dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka si suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah, danketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untukmengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu. Lalu si isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya. Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan si isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya, iaitu:
Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru mahupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka. Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahwa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.
Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kitaperoleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, Amin Ya Rabb.