Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Saturday, December 09, 2006

Sepintas Lalu

Assalamualaikum kaifa halukum? Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Bagaimana dengan Al-Quran yang menjadi panduan hidup kita? Adakah sentiasa mendampinginya atau hanya sesekali bila teringat? Atau pun tersusun rapi hanya di jadikan perhiasan?
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai umat Islam dan umat Nabi Muhammad s.a.w kita tidak dapat lari dari beriman dengan al-Quran. Keimanan tidak boleh diakui hanya dengan lidah sahaja atau niat sudah memadai tetapi dengan menggabungjalinkan hati, lisan dan anggota. Kalau kata ibunda dijadikan azimat, kata ayahanda pembakar semangat, kata kekasih janji terikat, kata sahabat sebagai penguat namun kata-kata Tuhan adalah syafaat dan penyelamat. Kata manusia hanya sementara namun kata-kata Tuhan menjanjikan syurga. Membaca Al-Quran sahaja dijanjikan pahala, apatah lagi dengan memeliharanya sepenuh jiwa.
Oleh itu, jadikanlah kalam-kalam Allah sebagai sumber inspirasi, tidak jemu untuk membaca, mengulang dan menghafaz. Tidak jemu juga untuk memperbaiki peribadi mudah-mudahan bertambah ketaqwaan dengan akhlak al-Quran. Selamat di dunia..... selamat juga di akhirat. Wallahu a'lam

No comments: