Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Wednesday, November 26, 2008

SUARA SUFI

SEGALA PUJA DAN PUJI HANYA KEPADA ALLAH SWT, SELAWAT DAN SALAM KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD SALLALAAHU 'ALAIHI WASALLAM SERTA KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA..

KAIFA AHWALUKUM IKHWAH WA AKHAWATI AL-AHIBBA'

SEMOGA SENTIASA BERADA DI BAWAH NAUNGAN ALLAH S.W.T

DI KESEMPATAN YANG RINGKAS INI, ANA YANG DHAIF LAGI HINA INI INGIN MENYERU DIRI INI SERTA IKWAH N AKHAWAT AGAR BERTAQWA KEPADA ALLAH S.W.T YANG TIDAK PERNAH KUNJUNG MALAP MENGURNIAKAN NIKMAT KEPADA KITA HAMBANYA YANG SENTIASA LUPA UNTUK BERSYUKUR...WALAUPUN KITA SEMUA TAHU CARA ATAU KAIFIAT UNTUK MELAFAZKAN ATAU MENGUCAPKAN RASA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT...

ITULAH ANTARA SIFAT ALLAH IAITU MENGASIHI HAMBA-NYA TANPA MENGIRA BAGAIMANA SEKALIPUN KEADAAN HAMBA-NYA SAMA ADA BERSYUKUR ATAU PUN TIDAK , ALLAH TETAP MELIMPAHKAN NIKMATNYA JUGA...

ANTARA CONTOH UNTUK MENZAHIRKAN RASA SYUKUR KEPADA ALLAH IALAH DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHAN ALLAH SERTA MENINGGALKAN SEGALA PERKARA YANG DILARANG OLEH-NYA...SEPERTI MENUTUP AURAT WALAU DALAM APA JUA KEADAAN SAMA ADA CUACA PANAS ATAUPUN SEJUK...

WALLAHU A'LA WAA'LAM....

Friday, September 12, 2008

Mengintai Ramadhan 1429 H

Assalamu 'ala manittaba'al huda....
Sedar tak sedar hari ini masuk hari ke 12 kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bagaimana dengan puasa kita ye adakah sekadar puasa dari lapar dan dahaga sahaja? adakah seluruh tubuh kita turut berpuasa?bagaimana pula dengan solat tarawikh dan solat malam yang dituntut serta i'tikaf di bulan yg mulia ini?bagaimana pula dengan juadah berbuka?
Ana sungguh tak layak untuk menanya sahabat sahabiah yg mengunjungi lantaran kurangnya amalan tapi sebenarnya ana bertanya pada diri ana sendiri...
Sajalah nak berkongsi...kebetulan ana membaca buku karangan Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a. yang berjudul Bidayatul Hidayah. Ana tertarik dengan kata2 beliau mungkin kedengaran biasa tapi bagi ana kata2 yang lahir dari org yang ikhlas dalam mengajak manusia menyembah Allah dan cintakan Allah ada bezanya.
"Ketika berbuka puasa, hendaklah engkau berusaha supaya makanan yg engkau makan itu halal. Dan jangan engkau membanyakkan makan dengan makanan yang lebh dari kebiasaan yang engkau makan pada waktu malam. Apabila engkau menghimpunkan makanan siang kepada malam untuk makan sekaligus ketika berpuasa maka itu hanyalah memindahkan waktu makan sj maka tidak ada makna bagi puasamu. Sedangkan yang dimaksudkan dengan puasa itu ialah memecahkan syahwatmu dan melemahkan kekuatannya supaya engkau dapat lebih berpeluang menambah ketaqwaan tetapi engkau hanya menghimpunkan makan siang kepada makan malam maka apakah maknanya puasamu?bahkan perutmu di watu malam akan lebih berat lagi, sedangkan tidak ada sebarang bekas yang lebih dimurkai di sisi Allah yang lebih daripada perut yang dipenuhkan dengan makanan yang halal. Maka betapa pula halnya kalau perutmu dipenuhi dengan makanan yang haram?"
-hanya yang benar2 berpuasa yang layak menyambut 'Idul Fitri-

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan....kau datang lagi

Ramadhan...kau datang lagi
Taatnya dirimu pada Tuhan menginsafkan diriku
tak pernah sekalipun kau hilang dalam setahun

tak pernah culas kerana kemalasan
sedang diriku selalu alpa
menunaikan tugas sbagai hamba
Ramadhan....
kehadiranmu amat bermakna
bg jiwa yang mahu taubat dari dosa
Allah muliakan dunia ini dgn kelebihan yang ada padamu
keranamu....syaitan durjana dirantai dipenjara
keranamu...terbuka pintu-pintu syurga
Ramadhan...dirimu hadir disaat manusia leka
dalam mengejar material dunia
kau menggugat keseronokan yang membara
kau menyekat kebebasan berpakaian dan bicara
kau membuatkan manusia menghormati agama
betapa kehadiranmu anugerah Pencipta
tanda kasih dan sayangNya
Ramadhan...
syukurku pada Ilahi masih dapat bertemu denganmu
kerinduan ini tak dapat ku bendung lagi
ku ingin menebus segala yang lalu
kan ku lakukan apa saja
demi meraih cinta Tuhanku
Tuhan...
berilah daku kekuatan

salam ramadhan 1429H
mari bersama menuju Ilahi

Friday, August 22, 2008

syair kehidupan

دع الأيام تفعل ما تشاء
وطب نفسا إذا حكم القضاء
وكن رجلا على الأهوال جلدا
وشيمتك السماحة والوفاء
وإن كثرت عيوبك في البرايا
وسرك أن يكون لها غطاء
تستر بالسخاء فكل عيب
يغطيه كما قيل السخاء

Biarkanlah hari-hari berbuat apa saja sesukanyaDan lapangkanlah jiwamu jika takdir telah diputuskan
Janganlah engkau berkeluh kesah dalam menghadapi musibahKarena tidak ada suatu musibah yang kekal di dunia ini
Jadilah engkau seorang yang tabah dalam menghadapi musibahPerangaimu pemaaf dan tepat janji
Jika engkau mempunyai banyak aib dihadapan manusia, dan Engkau tahu rahasia dirimu adalah penutupnyaTutuplah aibmu dengan kedermawananKarena kedermawanan adalah penutup segala aib

Wednesday, August 20, 2008

Doa Imam besar Mekah hingga menangis...Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semuga ALLAH menetapkan Imannya.

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.
Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan- Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu" , Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.Amin Ya Rabbal 'alamin!

Monday, June 23, 2008

bertemu & berpisah kerana Allah

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

أستغفرالله العظيم

ASTAGHFIRULLAH AL 'ADZIM - Satu kalimah yg pendek & ringkas mempunyai maksud yg sgt dlm & sgt indah. Lazimkan bibir melafazkannya agar ALLAH mengampunkan dosa2 & menutup keaiban kita. Selain itu, kita bermohon mudahan ALLAH memperbaiki hidup, menguatkan aqeedah, menjadikan kita berasa nikmat dlm ibadah khusyuk dan menjadikan akhlak kita mulia. SubhanALLAH.. betapa baiknya ALLAH terhadap kita. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang melazimkan, menbiasakan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah memberi rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga."

renungan

Roh kita asalnya ‘dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah.”, Jangan seksa jiwa dan hati kita. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa ‘dekat’ dengan Allah...

Wednesday, June 18, 2008

Rintihan seorang hamba


Tiada Tuhan selain Allah Yg Maha Agung Lagi Maha Penyantun

Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yg memiliki 'Arsy yg agung

Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yg Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan Pemilik 'Arsy yg mulia

Wahai Zat Yg Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri...tiada Tuhan selainMu

Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan...

Ya Allah...

hanya rahmatMu yg aku harapkan

maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayangMu sekelip mata pun

dan perbaikilah selalu keadaanku

tiada Tuhan selain Engkau ya Allah

Maha Suci Engkau ya Allah

Aku memohon ampunanMu

Sesungguhnya aku termasuk dikalangan orang2 yang telah berbuat zalim

Ya Allah

Sesungguhnya aku adalah hambaMu

Hidupku ditanganMu

Telah berlalu qadha'Mu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku

Aku memohon dengan semua nama yang Engkau miliki

yang dengannya Engkau menamakan diriMu sendiri

yang Engkau cantumkan dalam kitabMu

yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhluqMu (nabiMu)

atau dengan semua nama yang tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu

agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran penawar hatiku

cahaya di dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir keresahanku

Ya Allah

sesungguhnya aku mohon perlidungan kepadaMu dari keresahan dan kesedihan,

keemahan dan kemalasan, kedekut dan penakut,

dari bebanan hutang dan tekanan manusia.



AMiin Ya Rabb




Tuesday, May 20, 2008

Hari Guru: memadaikah 16 Mei ?

Guru...sptmana yg kita maklum adalah yg berusaha menyampaikan ilmu buat penyuluh ummah ini dan kerana itulah ada hari yg khusus sebagai pnghargaan buat mereka kerana jasa dan bakti yg ditaburkan.
Tanggal 16 Mei berebut-rebut pelajar membeli dan memberi hadiah istimewa buat guru kesayangan mereka hingga ada yg sanggup kumpul duit semata2 untuk tunggu hari ini. Tidak kurang juga yang memaksa ibubapa. Masing2 bersaing dengan rakan2 dalam memberi yang terbaik. Di sekolah2 pula sambutan di adakan dengan kuiz dan permainan tidak kurang juga murid2 yg mengambil kesempatan untuk mengenakan guru mereka pada hari ini.
Namun...walau apa yg dilakukan...adakah ini yang dituntut dalam Islam?adakah penghargaan 16 Mei ini cukup buat menghargai segala jasa mereka? adakah dengan berbangga dengan hadiah yang diberi sudah memadai dan...adakah ini yang sebenarnya setiap guru inginkan?
Sahabat2 pengunjung yg dirahmati Allah,
Sememangnya tugas dan tanggungjawab guru itu amat besar dan berat dan ia adalah pekerjaan yang paling tinggi nilainya disisi Allah. Kerana tugasnya yang utama adalah mengajar manusia mengenal Allah, memimpin kepada jalan kebenaran, mengembangkan ilmu Allah yang amat luas ini dan mestilah semua ilmu walau di bidang mana sekalipun kembali kepada Allah pemilik segala ilmu2 ini.
Sudah tentulah dunia ini bukan ganjarannya bagi guru2 yang ikhlas. Harapan mereka hanya mahu melihat anak2 didik beriman kepada Allah, berjuang menegakkan agama Allah dan mendirikan daulah Islamiyah.
Besar harapan guru....setiap peluh dan tenaga hanya Allah yang dapat memberi upah yang setimpal moga Allah memberkati jasa semua guru.
Tapi kita pada hari ini amat berbangga dengan hadiah menyatakan jasamu dikenang, terima kasih atas segala tunjuk ajar namun....akhlak tak seperti yang disampaikan oleh guru, tanpa segan silu melakukan ma'siat, berebut-rebut membeli makanan bersaing dengan guru hingga sanggup melihat guru tidak makan hanya untuk memenuhi tembolok mereka dahulu. Bila bertembung tidak memberi salam, tidak menunaikan perintah Allah dan tidak menghormati guru dan ibubapa, menjadi sampah masyarakat...di manakah penghargaan?
Nabi Sulaiman ketikamana berdakwah kepada Ratu Balqis mengajak beriman kepada Allah memberikan ilmu untuk mengenal Allah dengan menyatakan matahari itu tidak layak untuk disembah. Apa yg Ratu Balqis lakukan setelah mengetahuinya? Beliau menghantar hadiah yang amat mahal dan yang terbaik buat Nabi Sulaiman tapi bukan menyahut seruan baginda a.s. Nabi Sulaiman bersabda: " apa yang Allah beri kepadaku jauh lebih baik dengan apa yang kamu beri tapi...kamu amat berbangga dengan hadiah kamu"boleh rujuk dalam surah An-Naml ayat 15-44 kisah ini di dalam al-quran. Nabi Sulaiman tidak mahu menerima hadiah tersebut kerana apa diinginkan adalah keimanan dan menyahut seruannya supaya menyerah diri kepada Allah.
Kalau kita lihat sirah nabi, para sahabat dan ulama' terdahulu beginilah sikap mereka terhadap hadiah yang diberi oleh manusia. Inilah yang dikatakan guru penyuluh ummah, tidak pernah mengharap habuan dunia yg tiada ertinya. Tidak pernah berungut tentang gaji yang diterima banyak dan kurang adalah kurnia dari Allah kerana seorang guru yang beriman percaya bahawa rezeki itu di tangan Allah dan sbgai hamba berusaha adalah kewajipan. Mengajar ummah mendidik menuju jalan kepada Allah adalah amanah!
Tiada yang lebih sesuai dan yang lebih baik dari mencontohi Rasulullah saw tak kan kita lebih hebat dari baginda, para sahabat dan ulama' salafus soleh ini?kepada guru, jadilah guru yang beriman, ikhlas dan bertanggungjawab menunaikan amanah kerana Allah....kepada pelajar, tuntutlah ilmu bersungguh2 dan amalkanlah dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yg bertaqwa dan membela agamaNya.
wallahu a'lam sama2lah kita berusaha menuju kepada Allah matlamat kita semua.
'tidak dikatakan seseorang itu berilmu sehingga dia mengenali Tuhannya dan beriman'

Saturday, May 17, 2008

taubat

Tuhan...
Dunia akhir zaman terlalu lemah untukku hadapi
hingga ku rasa asing di bumiMu ini
syaitan menggodaku tanpa henti...
dunia memburuku saban hari...
nafsu yang selalu dengan tipu daya meracun diri...
Tuhan...
ke manakah dapat ku pergi?
menyelamatkan diri dari segala yang keji
walau ke penjuru dunia pun tak dapat mengatasi
kepadaMu Tuhan aku berlari
seluruh jiwa ku menyerahkan diri
menangis dan sujud menyesali diri
terimah daku kembali

Thursday, April 17, 2008

Tazkirah dari ahli sufi

fHatim Al-Asam rahimahullah mengatakan:
"Aku pinta kepada makhluk(manusia) 5 perkara tetapi aku tidak mendapatkannya.
1.taat dan zuhud, tetapi mereka tidak mahu mengerjakannya
2.menolong aku menuju kepada ketaatan dan kezuhudan, tetapi mereka tidak mahu juga
3.relakan aku taat dan zuhud, tetapi sebaliknya mereka membenciku
4.tidak mengganggu aku, tetapi mereka menghalangi aku dari berlaku taat dan zuhud
5.tidak mengajak aku kepada jalan yang tidak diredhai Allah dan memusuhiku jika aku tidak mengikuti jalan mereka. Ternyata mereka tidak bersedia juga.
Oleh yg demikian aku tinggalkan mereka dan mengurus diriku sendiri"

Monday, March 31, 2008

Detik Terakhir...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagi an demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawa tir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu di akhirat.
Assalamualaikum...

saudara saudari yg di kasihi kerana Allah,

"Bila diberi nikmat kita bersyukur, bila diuji hendaklah kita bersabar"

kalimah syukur dan sabar seringkali kita laungkan, seringkali juga dijadikan nasihat dan peringatan, semudah sebutan namun...ia amat payah untuk dikotakan dan dilaksanakan melainkan orang2 yang diberi kekuatan oleh Allah swt.

Biarpun berapa banyak dua kalimah ini di dalam Al-Quran namun...jika tanpa penghayatan dan amalan tidak ada ertinya dalam kehidupan.

Bukankah Al-Quran itu kalamullah? perundangan dan panduan untuk mengharungi kehidupan di dunia ini?

mengapa amat susah untuk melaksanakannya...apakah hati itu terlalu keras sehingga jauh dgn hidayah Allah?

Bukankah Al-Quran itu Allah jadikan ia mudah untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran?
Seperti FirmanNya:

ولقد يسرنا القرءان للذكر فهل من مدكر؟

Maksudnya:
"Sesunggunya KAMI telah mudahkan Al-Quran supaya diambil peringatan di dalamnya..maka adakah di sana orang yang mahu menagmbil pelajaran?"

Sahabat2 yang dirahmati Allah,
Kita bukan sesiapa di dunia yg fana ini. Kita tidak memiliki sesiapa pun melainkan Allah satu2nya yang kita ada. Segala yg kita pernah miliki dan sedang dimiliki hanyalah pinjaman dari Allah. Dialah yg menjadikan kita dan alam ini, memberi makan dan minum, harta dan keluarga, pangkat dan kemuliaan...itupun amat susah untuk mengucapkan sykur kepadaNya. Pabila diuji..diambil segala yg pernah dimiliki...kita menjadi orang yang berputus asa dan kecewa.

Benarlah firman Allah yang bermaksud:
"Dan jika Kami berikan rahmat Kami kepada manusia kemudia Kami cabut kembali pastilah dia menjadi puus asa dan tidak berterima kasih" (surah HUD)

Kerana itu kita amat memerlukan Allah...jiwa rasa kosong, hati gelisah dan serba tak kena kerana kita jauh dengan Allah. Kita mengharap kebaikan dan kebahagiaan dari Allah tapi sedarkah yang kita amat sedikit melakukan sesuatu kerana Allah.

Kembalilah kepada Allah...Dia sedang menanti kedatangan kita. Sama2 kita mendapatkanNya selagi pintu rahmat dan taubat masih terbuka.

YA ALLAH...HAMBAMU YG HINA INI DATANG MENGADAP...AMPUNILAH DAKU KALAU BUKAN DENAN RAHMATMU SUDAH TENTU AKU TERMASUK DI KALANGAN MEREKA YG RUGI DAN ZALIM...

Saturday, March 01, 2008

surat cinta dari Tuhan

Assalamualaikum para pengunjung yang dirahmati Allah

apa khabar? sudahkah membaca al-quran pada hari ini? bg yang menghafaz alquran bgaimana dgn murajaah dan iadah? bagaimana pula kita mengambil pelajaran daripada alquran untuk diterapkan dalam kehidupan seharian?

sebagai manusia yang selalu lupa dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi kita amat memerlukan peringatan, nasihat dan panduan. supaya sentiasa selamat dari fitnah dunia dan segala tipudayanya.

adakala kita tewas pada ujian, jiwa merasa sedih dan tertekan, tak bersemangat meneruskan kehidupan...

Ingatlah saudara2 yg ku kasihi fillah,

Kita adalah hamba Allah...dariNya kita datang...keranaNya kita beramal...kepadaNya kita kan kembali. Setiap yg mengharap kepada Allah pasti tidak akan dikecewakan. JanjiNya pasti bukan seperti manusia yg kerap memungkiri, kasih Allah tiada bertepi...

oleh itu...rujuklah AL QURAN!

bacalah dgn suara yang paling merdu, tajwid dan makhraj yg sempurna, hayati segala tuturanNya renungi dan fahami ayat2Nya...surat cinta dari Tuhan!

tak kan jemu walau 1000 kali diulang! hati kan tenang tak ada lagi kebimbangan...

semua adalah dengan rahmat Yang Maha Esa.

Sunday, February 24, 2008

Harapan PadaMu Subur Kembali

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Ya Allah Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Thursday, January 31, 2008