Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Monday, June 23, 2008

bertemu & berpisah kerana Allah

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

أستغفرالله العظيم

ASTAGHFIRULLAH AL 'ADZIM - Satu kalimah yg pendek & ringkas mempunyai maksud yg sgt dlm & sgt indah. Lazimkan bibir melafazkannya agar ALLAH mengampunkan dosa2 & menutup keaiban kita. Selain itu, kita bermohon mudahan ALLAH memperbaiki hidup, menguatkan aqeedah, menjadikan kita berasa nikmat dlm ibadah khusyuk dan menjadikan akhlak kita mulia. SubhanALLAH.. betapa baiknya ALLAH terhadap kita. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang melazimkan, menbiasakan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah memberi rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga."

renungan

Roh kita asalnya ‘dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah.”, Jangan seksa jiwa dan hati kita. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa ‘dekat’ dengan Allah...

Wednesday, June 18, 2008

Rintihan seorang hamba


Tiada Tuhan selain Allah Yg Maha Agung Lagi Maha Penyantun

Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yg memiliki 'Arsy yg agung

Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yg Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan Pemilik 'Arsy yg mulia

Wahai Zat Yg Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri...tiada Tuhan selainMu

Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan...

Ya Allah...

hanya rahmatMu yg aku harapkan

maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayangMu sekelip mata pun

dan perbaikilah selalu keadaanku

tiada Tuhan selain Engkau ya Allah

Maha Suci Engkau ya Allah

Aku memohon ampunanMu

Sesungguhnya aku termasuk dikalangan orang2 yang telah berbuat zalim

Ya Allah

Sesungguhnya aku adalah hambaMu

Hidupku ditanganMu

Telah berlalu qadha'Mu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku

Aku memohon dengan semua nama yang Engkau miliki

yang dengannya Engkau menamakan diriMu sendiri

yang Engkau cantumkan dalam kitabMu

yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhluqMu (nabiMu)

atau dengan semua nama yang tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu

agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran penawar hatiku

cahaya di dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir keresahanku

Ya Allah

sesungguhnya aku mohon perlidungan kepadaMu dari keresahan dan kesedihan,

keemahan dan kemalasan, kedekut dan penakut,

dari bebanan hutang dan tekanan manusia.



AMiin Ya Rabb