Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Monday, March 31, 2008

Assalamualaikum...

saudara saudari yg di kasihi kerana Allah,

"Bila diberi nikmat kita bersyukur, bila diuji hendaklah kita bersabar"

kalimah syukur dan sabar seringkali kita laungkan, seringkali juga dijadikan nasihat dan peringatan, semudah sebutan namun...ia amat payah untuk dikotakan dan dilaksanakan melainkan orang2 yang diberi kekuatan oleh Allah swt.

Biarpun berapa banyak dua kalimah ini di dalam Al-Quran namun...jika tanpa penghayatan dan amalan tidak ada ertinya dalam kehidupan.

Bukankah Al-Quran itu kalamullah? perundangan dan panduan untuk mengharungi kehidupan di dunia ini?

mengapa amat susah untuk melaksanakannya...apakah hati itu terlalu keras sehingga jauh dgn hidayah Allah?

Bukankah Al-Quran itu Allah jadikan ia mudah untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran?
Seperti FirmanNya:

ولقد يسرنا القرءان للذكر فهل من مدكر؟

Maksudnya:
"Sesunggunya KAMI telah mudahkan Al-Quran supaya diambil peringatan di dalamnya..maka adakah di sana orang yang mahu menagmbil pelajaran?"

Sahabat2 yang dirahmati Allah,
Kita bukan sesiapa di dunia yg fana ini. Kita tidak memiliki sesiapa pun melainkan Allah satu2nya yang kita ada. Segala yg kita pernah miliki dan sedang dimiliki hanyalah pinjaman dari Allah. Dialah yg menjadikan kita dan alam ini, memberi makan dan minum, harta dan keluarga, pangkat dan kemuliaan...itupun amat susah untuk mengucapkan sykur kepadaNya. Pabila diuji..diambil segala yg pernah dimiliki...kita menjadi orang yang berputus asa dan kecewa.

Benarlah firman Allah yang bermaksud:
"Dan jika Kami berikan rahmat Kami kepada manusia kemudia Kami cabut kembali pastilah dia menjadi puus asa dan tidak berterima kasih" (surah HUD)

Kerana itu kita amat memerlukan Allah...jiwa rasa kosong, hati gelisah dan serba tak kena kerana kita jauh dengan Allah. Kita mengharap kebaikan dan kebahagiaan dari Allah tapi sedarkah yang kita amat sedikit melakukan sesuatu kerana Allah.

Kembalilah kepada Allah...Dia sedang menanti kedatangan kita. Sama2 kita mendapatkanNya selagi pintu rahmat dan taubat masih terbuka.

YA ALLAH...HAMBAMU YG HINA INI DATANG MENGADAP...AMPUNILAH DAKU KALAU BUKAN DENAN RAHMATMU SUDAH TENTU AKU TERMASUK DI KALANGAN MEREKA YG RUGI DAN ZALIM...

No comments: