Ahlan Wasahlan
Wednesday, May 30, 2007
AL-QURAN DITURUNKAN DENGAN 7 HURUF
Mutiara Sufi: Kebahagiaan Jiwa
Saturday, January 13, 2007
AYAT MENGENAI KELEBIHAN AL-QURAN :
1. Firman Allah s.w.t :
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Surah Al-Israa' : Ayat 78 - 79)
2 - Firman Allah s.w.t :
???? Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Surah Al-Baqarah : Ayat 2)
3 - Firman Allah s.w.t :
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 185)
4 - Firman Allah s.w.t:
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
(Surah An-Nisaa' : Ayat 174)
5 - Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
(Surah Al-Maaidah : Ayat 15 - 16)
6 - Firman Allah s.w.t:
Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura"
(Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.
(Surah Al-An'aam : Ayat 92)
7 - Firman Allah s.w.t:
Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.
(Surah Al-An'aam : Ayat 155)
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-segalanya), untuk menjadi hidayah pertunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
(Surah Al-A'raaf : Ayat 52)
9 - Firman Allah yang bermaksud :
Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).
(Surah Al-A'raaf : Ayat 170)
10- Firman Allah s.w.t:
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah Al-A'raaf : Ayat 204)
11- Firman Allah s.w.t:
Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".
(Surah Yunus : Ayat 57 - 58)
12- Firman Allah s.w.t:
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
(Surah Ibrahim : Ayat 1)
Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.
Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.
(Surah Al-Israa' : Ayat 45 - 46)
14- Firman Allah s.w.t:
(Surah Al-Israa' : Ayat 82)
15- Firman Allah s.w.t:
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah; Allah memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya.
(Surah Az-Zumar : Ayat 23)
16- Firman Allah s.w.t:
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahikan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri pertunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
(Surah Asy-Syura : Ayat 52)
17- Firman Allah s.w.t:
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
(Surah Al-Hasyr : Ayat 21)
18- Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah Al-Qadr : Ayat 1 - 3)
19- Firman Allah s.w.t:
Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci, Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
(Surah Al-Bayyinah : Ayat 2 - 3)
20- Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(Surah Al-Hijr : Ayat 9)
Ayat Tujuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi di atas kurniaanNya yang tidak terhingga buat kita. Khususnya pada nikmat Iman dan Islam yang masih kita kecapi hingga ke saat ini.
Selawat dan salam buat baginda teragung serta para kerabat dan sahabat smuanya.
Dan sekiranya kamu hendak menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak akan dapat menghitungnya
Oleh itu banyakkan kesyukuran terhadapNya walau apa jua keadaan kita dan redhalah dengan setiap taqdirNya walaupun ia terlalu pahit untuk kita hadapi.
Lazimi zikrullah adalah ubat dan penawar segalanya. Salah satu daripada zikrullah adalah membaca al-Quran. Dampingi dan hayati kalam2 Allah yang Maha Agung pasti akan temui jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang kita hadapi.
Di bawah ini ada beberapa ayat yang dipetik daripada Al-Quran. Ulama’2 dahulu menamakannya sebagai Ayat Tujuh. Mudah-mudahan dengan berpasakkan keyakinan terhadap Allah kita akan tabah menghadapi setiap ketentuanNya. Sama2lah kita mengamalkannya. Selamat mencuba.Wallahu a’lam
1. Dari Abi Said Rafi' Bin Al Mu'alla r.a berkata:
Sabda Rasulullah S.A.W kepadaku: Mahukah aku ajarkan kepadamu surah yang terbesar di dalam Al Quran sebelum kamu keluar dari masjid? Lalu baginda memegang tanganku, apabila kami hendak keluar aku bertanya:" Ya Rasulullah, engkau berkata hendak mengajarkan aku surah yang terbesar di dalam Al Quran".
Baginda menjawab: "Al Hamdulillaahi Rabbil Aalamin" Ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang dan juga Al Quran yang diutuskan kepadaku ".
Diriwayatkan oleh Bukhari.
2. Dari Ibnu 'Abbas r.a berkata:
Ketika mana Jibril sedang duduk di sisi Nabi S.A.W baginda mendengar suara (seakan-akan bunyi pintu yang sedang dibuka) dari atas, lalu baginda mendongak kepalanya dan bersabda: "Ini adalah pintu langit yang dibuka pada hari ini dan ia tidak akan dibuka melainkan pada hari ini sahaja. Lalu turun melaluinya malaikat maka sabda Rasulullah S.A.W: Malaikat ini turun ke bumi dan dia tidak turun melainkan pada hari ini sahaja lalu dia memberi salam seraya berkata: Aku memberi berita gembira dengan dua cahaya yang diturunkan kepada engkau dan tidak diberi kepada nabi sebelummu iaitu Surah Al Faatihah dan ayat-ayat terakhir Surah Al Baqarah, kamu tidak akan membaca satu huruf darinya melainkan kamu dikurniakannya.
Diriwayatkan oleh Muslim.
3. Dari Abi Huzaifah r.a sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda: Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah Al Baqarah.
Diriwayatkan oleh Muslim.
4. Dari Abi Ka'ab r.a berkata: Sabda Rasulullah S.A.W: Hai Abu Al Munzir, adakah engkau tahu ayat manakah yang terlebih besar di dalam Kitab Allah. Aku menjawab ( Allahu Laa Ilaha Illaa Huwal Hayyul Qayyum ). Lalu baginda menepuk dadaku dan bersabda: Allah akan mempermudahkan ilmu kepada engkau wahai Abu Al Munzir.
Diriwayatkan oleh Muslim.
5. Dari Abi Mas'ud Al Badri r.a dari Nabi S.A.W sabdanya: Sesiapa yang membaca dua ayat akhir Surah Al Baqarah pada waktu malam nescaya cukuplah baginya.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
6. Dari Abi Umamah Al Bahili berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Bacalah Al Quran kerana di akhirat kelak ia adalah pemberi syafaat kepada tuannya, bacalah dua kesucian iaitu Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat seperti dua awan atau pun dua kumpulan burung yang berbaris, kedua-duanya membela tuannya.
Bacalah Surah Al Baqarah kerana membacanya memperolehi barakat dan meninggalkannya membawa penyesalan dan ia terpelihara dari perbuatan ahli sihir.
7. Dari Abi Darda r.a, Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat di permulaan Surah Al Kahfi, terselamat dari dajal dalam riwayat yang lain di akhir Surah Al Kahfi.
Diriwayatkan oleh Muslim.
8. Dari Abi Said Al Khudri r.a berkata: Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat dia akan diterangi dengan cahaya di antara dua Jumaat.
Diriwayatkan oleh Al Hakim dan Al Baihaqi.
Hadis di atas adalah sahih.
9. Dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Sabda Rasulullah S.A.W: Surah Tabaraka adalah penahan dari azab kubur Diriwayatkan oleh Al Hakim dan Abu Naim. Hadis di atas adalah sahih.
10. Dari Ibnu Umar r.a berkata: Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang ingin melihat sehingga hari akhirat dengan sebenar-benar penglihatan maka bacalah ayat (Iza Ssyamsu Kuwwirat), (Iza Ssamaa-un Fatorot) dan (Iza Ssamaa-un Syaqqat).
Diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi dan Al Hakim.
11. Dari Abi Said Al Khudri r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda pada (Qul Huwallaahu Ahad): Demi Allah yang diriku di dalam genggamannya, sesungguhnya ia menyamai satu pertiga Al Quran. Di dalam riwayat lain Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat: Adakah kamu lemah untuk membaca satu pertiga Al Quran pada satu malam. Perkara ini menjadi berat lalu mereka bertanya: Siapakah yang mampu wahai Rasulullah? Baginda pun bersabda: (Qul Huwallaahu Ahad, Allaahu Ssomad) satu pertiga Al Quran.
Diriwayatkan oleh Bukhari.
12. Dari Mu'az Bin Anas r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang membaca (Qul Quwallaahu Ahad) sepuluh kali, Allah membina untuknya rumah di syurga.
Diriwayatkan oleh Ahmad.
13. Dari 'Uqbah Bin 'Amir r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: Adakah engkau melihat ayat-ayat yang diturunkan pada malam ini dan tidak dilihat sepertinya sebelum ini? (Qul A'uuzubirabbil Falaq) dan (Qul A'uuzubirabbinnas).
Diriwayatkan oleh Muslim.
14. Dari 'Aisyah r.a, Rasulullah S.A.W apabila duduk di atas katilnya pada tiap-tiap malam menadah dua tangannya kemudian meniup padanya seraya membaca: (Qul Huwallaahu Ahad), (Qul A'uuzubirabbil Falaq) dan (Qul A'uuzubirabbinnas) Kemudian baginda menyapu kedua-duanya ke seluruh tubuhnya setakat mampu, baginda memulainya dengan kepala kemudian muka dan seterusnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
15. Abdullah bin Yusof menceritakan kepada kami, Malik memberitahu kepada kami, dari Ibnu Syihabuddin dari 'Urwah dari 'Aisyah r.a: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila mengadu kesakitan membaca sendiri Al Mu'awwizat iaitu (Qul Huwallaahu Ahad), (Qul A'uuzubirabbil Falaq) dan (Qul A'uuzubirabbinnas) dan menghembus apabila kesakitannya bertambah aku membaca kepadanya dan aku menyapu dengan tangannya mengharapkan keberkatan baginda.
Diriwayatkan oleh Bukhari.
Saturday, December 09, 2006
Sepintas Lalu
Tindakan Pengukuhan Hafazan Al-Quran
TINDAKAN PENGUKUHAN 1
- Baca di waktu pagi
- . Sebelum solat fajar
- Selepas solat fajar
- Sepanjang waktu pagi
- Membaca dan mengulang al-Quran secara berterusan
- Membaca dan mengulang setiap hari
- Membaca dan mengulang berselang hari
- Mengulang dengan kadar tertentu
- Mengulang al-Quran secara berjadual
- Jadual harian, mingguan dan bulanan
- Jadual pakej (surah) tertentu
- Mendengarkan bacaan pada orang lain
- membaca di hadapan guru
- Membaca dengan kawan
- Membaca dengan ahli al-Quran
- Memberhentikan bacaan dengan tadabbur
- Membaca dengan hati yang tenang
- Membaca dengan tartil dan perlahan-lahan
TINDAKAN PENGUKUHAN 2
- Sentiasa ingat untuk membaca
- Sentiasa membaca al-Quran
- Jadikan hari membacaJadikan hari mengulang
- Jadikan hari menghafaz
- Membaca dengan suara yang jelas dan kuat
- Membaca al-Quran di masjid atau surau dll
- Membaca al-Quran dalam solat fardhu dan sunat
- Membaca al-Quran pada bulan Ramadhan
TINDAKAN PENGUKUHAN 3
- Mendampingi ahli al-Quran
- Membaca al-Quran dari pakar-pakar al-Quran
- Talaqqi dan musyafahah
- Takrir, tasmi’ dan murajaah
- Menghafaz surah-surah yang mempunyai kelebihan
- Membaca al-Quran sebagaimana nabi membaca pada waktu-waktu tertentu
TINDAKAN PENGUKUHAN 4
- Kurangkan sibuk
- Tumpuan masa
- Sabar dan keazaman yang kuat
- Mengkaji ayat-ayat yang dibaca
- Meninggalkan maksiat
TINDAKAN PENGUKUHAN 5
- Menyemak al-Quran
- Menyemak buku yang di dalamnya ada ayat al-Quran
- Memberi sumbangan kepada masyarakat
- Tashih bacaan
- Ilmu tajwid
- Sejarah al-Quran
- Kaedah dan DhabtRasm Uthmani
- Menjadi imam di surau dan masjid
TINDAKAN PENGUKUHAN 6
- Mengulang mengikut surah-surah tertentu
- Latihan imam solat tarawih
- Guru bimbingan al-Quran
- Membaca al-Quran dalam majlis tadarus al-Quran
- Menyertai musabaqah tahfiz al-Quran
Renungi frman Allah yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
-Al-Ankabut: 69-
Sabda Nabi s.a.w:
"Bacalah olehmu al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat memberi syafaat kepada tuannya."
-riwayat Muslim-
Thursday, November 16, 2006
Surat Saidina Umar kepada Hafiz Al-Quran dan beberapa orang ulama’
KUALITI HAFAZAN
KUALITI HAFAZAN 1
- bertalaqi dengan guru
- musyafahah dengan guru
- membaca dengan kawan
- ada jadual mengulang
KUALITI HAFAZAN 2
- menggunakan system halaqah
- memahami ayat yang dibaca
- membaca dengan tartil
KUALITI HAFAZAN 3
- memahami makhraj dan sifat huruf dengan baik
- memahami hukum tajwid am dan khas
- mengetahui hokum waqf dan ibtida’
KUALITI HAFAZAN 4
- mengetahui hukum Fawasil ayat
- mengetahui ilmu Dhabtul Quran
- mengetahui ilmu Rasm Uthmani
KUALITI HAFAZAN 5
- mengetahui tafsir al-quran
- mengetahui qiraat
- banyak berdoa
Jadikan Al-Quran Sebagai Teman
Assalamualaikum…kaifa halukum jami’an? Ahlan wasahlan bagi yang sudi mengunjungi blog ini. Pada keluaran yang lepas kita telah dipaparkan di antara kelebihan-kelebihan bagi orang yang membaca Al-Quran dan juga penggunaan Bismillahirrahmanirrahim dalam kehidupan seharian.
Sunday, July 16, 2006
HADIS KELEBIHAN AL QURAN
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )
2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.( Riwayat Muslim )
3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )
4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )
5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )
6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.( Riwayat Muslim )
7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.( Riwayat Bukhari & Muslim )
8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )
9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )
10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )
11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )
12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.( Riwayat Muslim )
13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )
14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya.( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )
15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )
ADAB MEMBACA AL QURAN
2. Membaca Al Quran di tempat yang bersih samada di masjid atau sebagainya.
3. Mengadap Kiblat ketika membaca Al Quran.
4. Memohon perlindungan dengan Allah daripada Syaitan sebelum membaca Al Quran.
Firman Allah Ta'ala :
Apabila engkau membaca Al Quran maka pohonlah perlindungan Allah daripada Syaitan yang direjam.( Surah An Nahl – ayat 98 )
5. Membaca Bismillah pada permulaan surah kecuali Surah At Taubah.
6. Khusyu' dan tadabbur ketika membaca Al Quran.
Firman Allah Ta'ala :
Mengapakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataupun hati mereka terkunci.( Surah Muhammad - ayat 24 )
Firman Allah Ta'ala :
Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya.( Surah Saad - ayat 29 )
7. Membaca Al Quran secara baik, melagukannya serta memperelokkan suara.
Firman Allah Ta'ala :
Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.( Surah Al Muzammil - ayat 4 )
Daripada Abu Hurairah r.a. telah bersabda Rasulullah S.A.W bermaksud : Bukan dari golonganku orang-orang yang tidak memperelokkan suaranya ketika membaca Al Quran.( Riwayat Bukhari )Daripada Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah menggalakkan kepada hambanya sebagaimana Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. supaya memperelok dan mengangkat suara ketika membaca Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )
8. Tenang dan tidak gopoh ketika membaca Al Quran. daripada Abi Wail daripada Abdullah berkata : Pada waktu pagi kami pergi kepada Abdullah, dia berkata : Seorang lelaki berkata, dia membaca Al Quran satu perempat daripada Al Quran kelmarin, dia berkata : Ia membaca Al Quran terlalu cepat tanpa memelihara Tajwid seumpama membaca syair, sesungguhnya kami telah mendengar bacaan tersebut, dan sesungguhnya aku mengetahui beberapa surah bersampingan yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W. iaitu : Lapan belas surah daripada satu perempat Al Quran dan dua surah yang bermula dengan kalimah " Haa Miim ".( Riwayat Bukhari )
9. Membaca Al Quran dengan lanjut. Daripada Qatadah r.a. berkata : Aku bertanya Anas Bin Malik r.a. tentang bacaan Rasulullah S.A.W. dan beliau menjawab : Baginda membaca selanjut-lanjutnya. Di dalam riwayat lain : Anas membaca " Bismillahirrahmanirrahim " dia melanjutkan " Bismillah", dia melanjutkan " Arrahman " dan dia melanjutkan " Arrahim ".Daripada Ummu Salamah r.a. : Beliau menyifatkan bacaan Rasulullah S.A.W. seumpama bacaan tafsir satu huruf, satu huruf. Riwayat Abu Daud, Tarmizi, Nasai'e. Tarmizi berkata : ( Hadis ini hasan sahih ).
10. Berhenti untuk berdoa ketika membaca ayat rahmat dan ayat azab. Daripada Huzaifah r.a. ia berkata ; Aku bersembahyang bersama Nabi Muhammad S.A.W. pada satu malam, baginda membaca Surah Al Baqarah kemudian An Nisaa' kemudian A-li 'Imraan. Baginda membaca secara terhenti-henti apabila sampai ayat tasbih maka baginda bertasbih dan apabila baginda membaca ayat tentang permohonan maka baginda memohon dan apabila membaca ayat mohon perlindungan maka baginda mohon berlindung dengan Allah S.W.T. ( Riwayat Muslim )
11. Menangis, sedih dan terkesan ketika membaca Al Quran.
Allah berfirman :
Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul ( Muhammad ), kamu lihat mata mereka bercucuran dengan air mata disebabkan kebenaran ( Al Quran ) yang telah mereka ketahui ( dari kitab-kitab mereka sendiri ) ; seraya berkata : " Ya tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi ( atas kebenaran Al Quran dan kenabian Nabi Muhammad S.A.W. ) ( Surah Al Maaidah - ayat 83 )
Allah Ta'ala berfirman :
Katakanlah " Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman ( sama saja bagi Allah ). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelum Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata : " Maha suci tuhan kami ; sesungguhnya janji tuhan kami pasti penuh ". Dan mereka menyungkur muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.( Surah Al Israa' - ayat 107, 108 & 109 )
12. Sujud Tilawah. Disahkan daripada Omar r.a. bahawa ia membaca di atas mimbar pada hari Jumaat Surah An Nahl sehingga sampai ayat sujud maka beliau turun dan sujud, orang ramai turut sujud bersama beliau. Sehingga apabila tiba hari Jumaat ia membaca surah tersebut dan apabila sampai kepada ayat sujud ia berkata : Wahai manusia sekelian, sesungguhnya kita melalui ayat sujud maka barangsiapa sujud ia beroleh pahala, dan barangsiapa yang tidak sujud tiada dosa baginya dan Omar r.a tidak sujud pada ketika itu.( Riwayat Bukhari )
13. Bersederhana antara membaca dengan suara kuat dan perlahan firman Allah Ta'ala :
Dan janganlah kamu menguatkan suaramu dalam solat dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah antara keduanya.( Surah Al Israa' - ayat 110 ) Daripada 'Uqbah Bin Amir r.a. berakata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Orang yang membaca Al Quran secara perlahan-lahan seperti bersedekah secara sembunyi.( Riawayat Abu Daud dan Tarmizi dan An Nisai'e )( Tarmizi berkata : Hadis ini hasan )
14. Menjauhkan daripada ketawa, berborak-borak dan bercakap-cakap ketika membaca
Al Quran firman Allah Ta'ala :
Dan apabila dibacakan Al Quran maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.( Surah Al A'raaf - ayat 204 )
15. Apabila membaca Al Quran mengikut bacaan tertentu ( Qiraat ) maka perlu berterusan dengan mengikut bacaan tersebut tanpa mengubah kepada bacaan yang lain kerana ia merupakan salah satu adab daripada adab-adab bacaan Al Quran.
16. Memperbanyakkan bacaan Al Quran dan mengkhatamkannya. Daripada Abdullah Bin 'Amru beliau menceritakan : Rasulullah S.A.W. bersabda : Bacalah Al Quran dalam masa sebulan. Aku menjawab : Aku masih mampu. Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : Bacalah ia dalam masa sepuluh hari. Aku menjawab: Sesungguhnya aku masih lagi mampu. Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : Bacalah ia dalam masa tujuh hari dan jangan lebih dari itu.( Riwayat Bukhari dan Muslim )