Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Friday, May 22, 2009

ELAK PERCANGGAHAN ANTARA UCAPAN DAN TINDAKAN


بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila seseorang itu mengaku bahawa dia seorang muslim, beerti orang lain akan selamat dari kejahatan lidahnya serta perbuatannya kerana diantara makna Islam itu adalah Selamat. Begitu juga dengan solat yang di fardhukan yang dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...seandainya diluar solat dia melakukan

kegiatan yang menzalimi orang lain sama ada perbuatan fitnah, dengki, khianat, mengumpat orang lain nyatalah perbuatannya itu bercanggah sama sekali dengan ikrar dan janji setianya ketika dalam solat. Secara automatik dia tergolong sebagai seorang pendusta di hadapan Allah S.W.T.

Oleh itu, jika seseorang menyedari bahawa apabila menyebut kalimah "حنيفا مسلما" di dalam doa iftitah sedangkan dia sedar dirinya telah banyak menzalimi orang lain dengan lidah atau perbuatannya. Maka hendaklah dia menyesal dengan sesungguhnya yang telah melanggar janji-janjinya yang lalu, sesungguhnya dia telah memungkiri janji-janjinya kepada Allah S.W.T..

Apa yang saya hendak ketengahkan di sini adalah tentang sikap kita yang rajin atau suka bercakap tetapi bercanggah dengan apa yang sering kita ucapkan di dalam solat kita....{ أََستغفرالله العظيم} itu belum termasuk persoalan aqidah yang bercanggah, bukankah seluruh paksi kehidupan kita tertegak di atas aqidah? Ingatlah wahai teman percanggahan dengan pengakuan kita merupakan pendustaan kepada Allah S.W.T.

والله أعلام

1 comment:

~ khalifah ~ said...

سبحان الله

Maha Suci Allah dari sifat2 kekurangan yang tidak layak bagiNya.

Terasa sungguh bila baca artikel ni

jazakallahu khairal jaza'