Ahlan Wasahlan
Tuesday, December 04, 2007
Padang Arafah
Pertemuan Adam dan Hawa
Setelah berpisah 40 tahun lamanya
Angkara iblis dan syaitan durjana
Adam dicipta dari tanah
Hawa pula dari tulang rusuknya
Ditiupkan ruh supaya sempurna
Itulah asal kejadian manusia
Adam dan Hawa insan bertaqwa
Hidup bersama tinggal di syurga
Segala rahmat Allah memberi
Segala nikmat Allah disyukuri
Iblis dan syaitan merasa iri
Menggoda Hawa setiap hari
Termakan Hawa khuldi larangan
Allah melihat dengan kemungkaran
Adam dan Hawa terpisah
Hukuman Allah tidak dapat disanggah
Tercampak mereka ke dunia
Menangis keduanya menyesali diri
Bertahun lamanya mereka mencari
Mengharap dan menenti agar berjumpa
Kasihannya Hawa tiada pembela
Adam merintih hatinya sepi
Pintu taubat masih terbuka
Doa mereka dikabulkanNya
Bertemu akhirnya Adam dan Hawa
Di Padang Arafah detik bermula…
Haji...bukti pengorbanan cinta suci

Pilunya hati mengenang nasib yang tersurat berpisah dengan orang yang dicintai. Nabi Ibrahim pergi tanpa kata…setiap pertanyaan siti hajar tidak mampu dijawabnya. Rasa sebak didada cuba ditahan sedaya upaya dengan anak yang masih kecil namun demi cintanya kepada Allah dituruti segala perintah dengan kerelaan hati dan menyerahkan nasib anak dan isteri kepada Allah. Kerana…beliau amat yakin Allah tidak akan mempersia-siakan hamba2Nya. Dialah Yang Maha Penyayang lebih dari kasih seorang ibu pada anaknya, Dialah Yang Memberi Rezeki, Dialah Yg Memiliki segalanya. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menzalimi hamba2Nya melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri sendiri.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين
Inilah doa yang diajar oleh Allah kepada ayah kita nabi Adam a.s ketikamana dikeluarkan dari syurga lantaran kesalahan yang dilakukan akibat terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah. Diturunkan ke dunia terpisah pula dengan Siti Hawa bertambah perit rasanya kehidupan yang dilalui. Bertahun lamanya mereka saling mencari dengan doa yang tak putus2 menyesali kesilapan yang lalu. Kerana mereka yakin bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Dengan rahmat Allah berkat kesungguhan berdoa memohon ampun dan bertaubat lalu dipertemukan mereka semula di Padang Arafah.
Setiap kali aidil adha bertandang, pasti kisah2 ini diputar kembali samada di majalah, atau di radio dan ceramah2 agama. Mengalir airmata bila membayangkan ujian yang diterima terlalu sedikit dibandingkan dengan apa yang telah mereka lalui. Cinta mereka kepada Allah mengatasi segala2nya. Mengharap dan pasrah hanya pada Ilahi.
Mudah2n kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah2 ini semoga bertambah keimanan dan sanggup berkorban jiwa dan raga demi cinta kepada Allah.
Ingatlah syaitan tidak akan jemu menggoda dan mengajak manusia kepada sikap berputus asa dan tidak redha. Sebagai hamba yang sentiasa lemah banyakkan memohon pertolongan dan perlindungan dariNya.
Haji mengingatkan kita pada sejarah
Pengorbanan yang ikhlas lagi suci
Kerana Allah N.Ibrahim sembelih anaknya
Siti Hajar kerana Allah taat pada suami tinggal sendiri
Di Tanah Haram suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang
Hanya tawakkal pada Ilahi
Wednesday, November 28, 2007
Tuhan...ampuni daku
Daku memohon ampun kepada Allah Tuhan sekalian makhluk
أستغفرالله من الخطايا
Daku memohon ampun kepada Allah daripada segala kesalahan dan keterbasanku
قد كفاني علم ربي من سؤالي واختياري
Tuhanku telah mencukupkan daku ilmu daripada permohonanku dan usahaku
فدعائي وابتهالي شاهد لي بافتقاري
Maka doaku dan munajatku sebagai saksi bagiku akan kelemahanku
فلهذا سر أدعو في يساري وعساري
Maka inilah rahsia aku berdoa dalam kesenangan dan kepayahan
أنا عبد صار فخري ضمن فقري واطراري
Daku hamba menjadi kebanggaan diriku di samping kesusahanku
يا إلهي ومليكي أنت تعلم كيف حالي
Wahai Tuhanku dan dan penguasaku Engkau Maha Mengetahui bagaimana keadaanku
وبما قد حل قلبي من هموم واشتغال
Dan apa yang telah mengisi hatiku daripada kesedihan dan kesusahan
فتداركني بلطف منك يا مولى الموالي
Maka dapatkanlah daku dengan kasih sayang dariMu wahai Tuhan yang memiliki segala sesuatu
يا قريبا يا مجيبا يا عليما يا سميعا
Wahai Zat Yang Dekat dan Yang Maha MemperkenankanYang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar
قد تحققت بعجزي وخضوعي وانكساري
Sungguh aku telah menyedari kelemahanku dan tundukku serta pergantunganku denganMu
يا لطيف...ألطف بنا والمسلمين
Wahai Zat Yang Maha Pengasih...Kasihanilah kami dan umat Islam
يا سلام...سلمنا والمسلمين
Wahai Zat Yang Maha Menyelamatkan...selamatkanlah kami dan umat Islam
يا رحمن يا رحيم...ارحمنا والمسلمين
Wahai Zat Yang Maha Pemurah…Wahai Zat Yang Maha Penyayang…rahmatilah kami dan umat Islam
يا لطيف يا كافي يا حفيظ يا شافي
Wahai Zat Yang Maha Pengasih…Wahai Zat Yang Maha Mencukupkan…Wahai Zat Yang Maha Memelihara…Wahai Zat Yang Maha Menyembuhkan
يا لطيف يا وافي يا كريم أنت الله
Wahai Zat Yang Maha Mengasihi…Wahai Zat Yang Maha Mencukupkan…Wahai Zat Yang Maha Mulia…Engkaulah Allah
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Tidak ada Tuhan melainkan Allah Muhammad adalah utusan Allah
Monday, November 26, 2007
Tidak Ingin Mata Yg Mengundang Fitnah
Pada suatu hari ketika Hasan Basri berjalan-jalan, tiba2 matanya terpandang seorang wanita yang cantik jelita dan memikat hati siapa yang memandangnya.
Melihat wanita yang cantik itu, Hasan Basri lalu berjalan mengekorinya. Wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata kepadanya: “apakah engkau tidak malu?”
Jawab Hasan Basri: “malu pada siapa?”
Wanita itu berkata: “malu pada Zat Yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa2 yang terlintas di dalam hati.”
Namun telah tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan Basri terhadap si wanita cantik tadi ssehingga tidak sabar lagi dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya dia terus mengikuti di belakangnya.
Wanita itu berkata lagi kepadanya: “mengapa kau masih mengikutiku?”
Jawab Hasan Basri: “sungguh aku terpesona dengan pandangan matamu itu.”
Wanita itu berkata: “tunggulah di sini, nanti akan ku kirimkan apa yang engkau kehendaki.”
Hasan Basri menyangka bahawa wanita itu telah menaruh hati kepadanya sepertimana keadaan dirinya maka ia pun menanti di tempat itu.
Kemudian, tak berapa lama datanglah seorang wanita yang lain dating kepadanya dengan membawa sebuah bekas yang tertutup dengan sehelai sapu tangan.
Alangkah terkejutnya tatkala melihat dua mata wanita tadi yang ada di dalam bekas itu. Melihat hal yang demikian wanita tadi berkata: “sungguh tuan puteri berkata: “aku tidak ingin mata yang membuat fitnah dan mempesonakan manusia.”
Bilamana Hasan Basri mendengar kenyataan tersebut gementarlah hatinya dan berdiri tegak bulu romanya serta merta memegang janggutnya lalu berkata dengan mengumpat dan mengeji dirinya: “celakalah engkau sudah berjanggut pun tapi mengapa tidak malu pada wanita cantik itu?”
Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu juga. Kemudian pulang ke rumahnya dan menangis semalaman.
Dan pada pagi hari esoknya dia pergi ke rumah wanita tersebut untuk memohon kemaafan atas segala kesalahannya.
Namun apa yang terjadi di luar dugaannya wanita tersebut telah meninggal dunia maka pulanglah Hasan Basri dan menangis lagi 3 hari lamanya. Pada malam yang ketiga bermimpi melihat wanita tersebut sedang berada di dalam syurga.
Maka Hasan Basri pun berkata dalam mimpinya: “Maafkan semua kesalahanku.”
Jawab wanita tersebut: “sungguh semua telah kumaafkan kerana dengan sebab dirimu aku telah memperolehi kebaikan ini daripada Allah.”
Hasan Basri berkata: “Berikanlah kepadaku sedikit nasihatmu.”
“Jikalau engkau bersendirian berzikirlah dan ingatlah ALLAH. Pada setiap pagi dan petang beristighfarlah dan bertaubatlah memohon ampun kepada Allah.”kata wanita tersebut.
Mendengar nasihat dari wanita itu Hasan Basri pun menerima dan melaksanakannya sehingga dia menjadi seorang yang zuhud dan masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan ketaatannya kepada Allah swt.
Akhirnya dia memperoleh darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah serta menjadi wali dan kekasih Allah.
والذين ءامنوا أشد حبا لله
Friday, October 05, 2007
Wasiat Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya
Wahai anakku yang tercinta,
Memberi nasihat itu mudah sahaja dan yang paling berat adalah menerima isi nasihat tersebut kerana…isi nasihat tersebut dirasakan sangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikut hawa nafsunya.
Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi( mencari ilmu supaya dapat gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia. Orang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya.
Orang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i’tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah(secular)
Subhanallah…alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini! Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian ia tid k beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu nanti pada hari qiamat akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa seperti sabda Rasulullah s.a.w:
أشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لا ينفعه بعلمه
“Orang yang paling pedih seksaannya pada hari qiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.”
Saturday, September 22, 2007
Jangan berputus asa dari rahmat Allah

Saturday, September 15, 2007
Sunat-sunat Puasa
- Segera berbuka
Makanan yang paling baik ialah kurma, tetapi jika tidak ada kurma memadailah dengan air sahaja
Sabda nabi s.a.w:
“Umatku sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka segera berbuka” - Mengakhirkan sahur
Ini kerana dapat menolong kekuatan tubuh pada siang hari. Terdapat dua keuntungan dengan mengakhirkan sahur selain mengerjakan sunnah ia juga dapat menemukan waktu solat subuh.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“bersahurlah kerana di dalam sahur itu terdapat barakah” - Tidak berlebih-lebihan pada waktu berbuka
Makan sekadarnya kerana tujuan berpuasa untuk mendidik nafsu dan melemahkan syahwat. Ini kerana dengan perut yang kenyang akan mengeraskan hati, menjadi lalai dan malas dalam beribadah. - Memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa
Meskipun dengan hanya dua biji kurma dan seteguk air. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa member buka kepada orang yang berpuasa ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun daripada pahalanya.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Ketika datang bulan Ramadhan maka dibuka pintu syurga dan terkunci pintu neraka, dan terbelenggu para syaitan”
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakannya dengan iman dan ihtisab kerana Allah semata-mata, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lepas”
ADAB ORANG BERPUASA
- Memelihara lisan daripada berbohong, mengumpat dan mencela
- Memelihara kedua-dua mata daripada melihat atau mencium hal-hal yang haram
- Menjaga perut daripada dimasuki makanan yang diragui dan lebih2 lagi yang haram ketika berbuka
- Wajib menjauhi segala bentuk maksiat
- Jangan banyak tidur di waktu siang hari dan jangan banyak makan pada waktu malamnya
- Tidak menyibukkan diri dengan urusan semata-mata tetapi memanfaatkan masa untuk beribadah kepada Allah
Friday, September 14, 2007
Tuesday, August 14, 2007
Pengenalan Ilmu Dhabtul Quran
Istilah ilmu dhabt
- Harakah
- Sukun
- Syaddah
- Mad
- Hamzah
- dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqf(berhenti) kalimah al-Quran.
- Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha’, mim & dal. Dibuang huruf nun yang bertanwin
- Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat dan hazaf (ada dan buang)
- Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal(bersambung)
- Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.
- Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-hruf al-Quran dari segi baris, mati, syaddah dan sebagainya
Muqaddimah
1. Nuqtah I’rab ialah suatu tanda yang menunjukkan harakah(baris), sukun(mati), syadd(sabdu), mad(panjang) atau sebagainya
2. Nuqtah I’jam pula ialah suatu tanda yang menunjukkan zat-zat huruf bagi membezakan mu’jam dan muhmal seperti titik pada huruf ba’ disebelah baah, ta’ dua titik sebelah atas dan tha’ tiga titik di sebelah atas dan begitulah seterusnya.
Baris atau syakl ialah suatu tanda yang memberi harakah kepada huruf-huruf al-Quran atau sukun, syaddah, mad dan sebagainya. Inilah yang disebut dengan DHABT merupakan isi perbincangan yang utama dalam ilmu ini.
1. Siapakah yang mula mencipta nuqtah-nuqtah tersebut?
Para ulama’ lebih condong mengatakan orang pertama yang mencipta nuqtah I’rab ialah Abul Aswad Ad-Duali atas arahan Zaid yang menjadi gabenor di Basrah pada masa itu di bawah tampuk pimpinan Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan.
Beliau mulakan dengan mengi’rab al-Quran dan memerintahkan supaya harakah yang disebutkan diletakkan nuqtah dengan warna yang berlainan dengan tulisan mushaf. Dipetik arahannya seperti berikut:
“Apabila aku membuka kedua bibirku letakkan satu titik di atas huruf itu, bila aku muncungkan kedua bibirku letakkan satu titik di selah hadapannya, dan bila aku kebawahkan bibirku letakkan satu titik di sebelah bawahnya. Bila aku turutkan harakah itu dengan dengung (tanwin), kamu letakkan dua titik pada huruf tersebut”
Daripada usaha Abul Aswad ini timbul pelbagai rekaan baru yang dicipta oleh para ulama’ mutaakhirin dengan perubahan yang sesuai mengikut peredaran zaman.
Mereka berdua mula melaksanakan perintah itu dengan member i titik pada huruf-huruf al-Quran bagi membezakan huruf-huruf tersebut di antara satu sama lain. Nuqtah-nuqtah ini ditulis dengan warna yang sama denan mushaf supaya berbeza dengan nuqtah yang dibuat oleh Abul Aswad Ad Duali.
2. Nuqtah yang manakah lebih dahulu dicipta?
Kesimpulan yang boleh kita dapati daripada persoalan yang pertama tadi adalah nuqtah I’rab lebih dahulu dicipta daripada nuqtah I’jam kerana zaman Zaid terlebih dahulu daripada zaman Hajjaj.
Rujukan:
Tarikh Mushaf oleh Abdul Fatah Al-Qadhi
Irsyad At-Talibin
Saturday, August 04, 2007
Ilmu Dhabtul Quran
Secara umumnya ia adalah ilmu yang berkait rapat dengan rasmul Quran. Lebih tepat lagi ia adalah kesinambungan daripada rasmul Uthmani bagi memudahkan umat akhir zaman membaca al-Quran tanpa sebarang kekeliruan dan kesalahan.
Seperti mana yang kita maklum, al-Quran yang ditulis dan disalin dalam mashaf-mashaf pada zaman khalifah saidina Uthman adalah tidak mempunyai nuqat (titik), harakah (baris), 'alamat (tanda-tanda) yang menunjukkan bacaan panjang, tanda sukun (mati), syaddah (sabdu) atau huruf hamzah tidak seperti yang ada pada kita hari ini.
Bagi masyarakat arab persoalan-persoalan mengenai titik, baris dan sebagainya tidak pernah menjadi pertikaian dan tidak pernah berlaku kekeliruan dalam membaca al-Quran memandangkan Al-Quran itu sendiri dalam bahasa arab. Oleh kerana itu mereka tidak berhajat kepada ilmu Dhabtul Quran. Namun, apabila semakin ramai yang memeluk agama Islam dari segala ceruk dan rantau, dengan mashaf pada masa itu yang hanya rasm semata-mata, ia amat sukar untuk membezakan kalimah-kalimah dan huruf-huruf al-Quran kerana keadaannya tidak bertitik dan berbaris.
Dari hafazan kepada lembaran
Di zaman Abu Bakr mula dikumpulkan
suhuf menjadi rujukan
dari Umar kepada Hafsah bertukar tangan
diambil oleh Saidina Uthman
dikemaskini menjadi mashaf dan salinan-salinan
dikirim ke kota-kota negara Islam
mengandungi 7 huruf dibawah satu rasm
pelbagai kaum bersatu dengan Islam
mengenali huruf2 Al-Quran
*pengenalan yang lebih terperinci akan menyusul kemudian insyaAllah
Thursday, August 02, 2007
Wasiat Imam Hathim Al Asam
Sesungguhnya aku melihat sekalian makhluk ini sentiasa mengikuti kehendak nafsu mereka dan bersegera menunaikan apa jua kehendaknya.Lalu aku memikirkan firman Allah Taala yang maksudnya:
Daripada pemikiranku terhadap ayat ini maka timbul satu keyakinan di dalam hatiku bahawa Al-Quran itu adalah benar, dan nafsu itu mesti dimusuhi, lalu aku pun menjadikannya musuh, dan berjuang untuk menentangnya. Dan aku tidak pernah memanjakannya sehingga ia tunduk kepadaku dan merasa puas hati dengan tugasnya untuk taat dan beribadat kepada Allah Taala.
Saturday, July 28, 2007
Al-Quran Anugerah ALLAH Yang Terbesar

Wahai umat manusia!Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa-apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara (yang tidak kekal)."
Monday, July 16, 2007
Alhamdulillah
Ucaplah AlhamdulillahTanda kesyukuran kepada Allah.
Setiap ketika kita tidak terlepas daripada menggunakan nikmatNya
Nikmat iman dan Islam
Nikmat kesihatan dan anggota yang sempurna
Nikmat keamanan dan kesejahteraan
Nikmat kebahagiaan dan kesenangan
Dan…banyak lagi
Oleh itu…
Bersyukurlah
Dengan lisan ucaplah Alhamdulillah
Dengan anggota buatlah amal yang soleh
Kerana…
Nikmat takkan kekal selamanya
Hargai dan gunakanlah ke jalan yang diredhai Allah
Ingatlah…
Siapa yang bersyukur
Pasti Allah tambahkan nikmatNya
Siapa yang kufur…
Azab Allah pasti menimpa.
Renungilah…
Firman Allah yang bermaksud:
"Kalau kamu ingkar kepada Tuhan, sesungguhnya Allah itu tiada mempunyai keperluan kepadamu. Tuhan tidak menyukai sifat tidak berterima kasih dari hamba2Nya. Dan kalau kamu tahu berterima kasih, Tuhan akan suka kepadamu. Seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa oranglain, kemudian tempat kembali kamu kepada Tuhan lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu lakukan. Sesungguhya Tuhan itu Maha Mengetahui segala isi hati"
-Az-Zumar : 7-
Bekerja Berjuang Ke Jalan Allah
Pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w duduk-duduk bersama para sahabat. Sahabat terpandang seorang lelaki gagah perkasa keluar dari rumah untuk bekerja. Sememangnya para sahabat selalu melihat lelaki itu setip pagi untuk bertugas. Sahabat mengeluh, “Alangkah baiknya jika lelaki gagah perkasa begitu keluar untuk berjihad ke jalan Allah…”
“ Jangan kamu berkata begitu. Ini kerana jika dia keluar mencari rezeki untuk anaknya yang masih kecil, maka dia telah berjuang ke jalan Allah. Jika dia keluar bekerja untuk menyara orangtuanya yang uzur, bermakna dia juga termasuk dalam golongan yang berjuang ke jalan Allah. Begitu juga kalau dia bekerja untuk menyara diri sendiri, dia juga tersenarai dalam orang yang berjuang ke jalan Allah. Sebaliknya jika dia keluar berusaha kerana riak dan hendak menunjuk-nunjuk kepada orang lain, dia ibarat berjuang ke jalan syaitan.”
Saturday, July 07, 2007
Perkembangan Ilmu Qiraat
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan Al-Quran untuk peringatan, mengapa kamu tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya?"
Sebaik sahaja al-Quran sampai kepada para sahabat, mereka segera membaca dan mengulang ayat-ayat tersebut sehingga benar-benar lekat dalam ingatan diiringi dengan suruhan yang telah diperintahkan tanpa berlengah lagi dan menungu-nungu wahyu yang seterusnya.
Di sebabkan para sahabat tidak menerima semua qiraat daripada baginda maka pernah terjadi perselisihan dikalangan mereka yang mana masing-masing mendakwa bacaan mereka adalah bacaan Rasulullah s.a.w sepertimana kisah yang pernah dialami oleh saidina Umar dengan Hisyam bin Hakim di dalam solat.
Kisahnya begini seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, pada suatu hari Hisyam telah mengimami solat yang turut ada di dalamnya saidina Umar dengan membaca surah al-Furqan dengan bacaan yang pelbagai. Tatkala Umar mendengar bacaan tersebut beliau hampir sahaja menarik Hisyam keluar dari solat kerana tidak pernah mendengar Rasullah membaca dengan bacaan yang dibaca oleh Hisyam tadi. Bilamana Umar menanyakan dari siapa Hiyam mendapatkan bacaan tadi sudah tentu ia dari Rasulullah! Disebabkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan dengan penyelewangan ayat suci maka berjumpalah mereka menghadap baginda s.a.w untuk menuntut kepastian dan Rasulullah telah membenarkan bacaan Umar dan Hisyam.
Begitulah sifat sahabat yang amat teliti dan sensitif dengan apa yang dibawa oleh baginda bukan kerana kepentingan diri tapi dalam memelihara kitab suci dan agama Allah.
Sehinggalah pada zaman saidina Abu Bakr al-Quran masih lagi dihafaz dan terpelihara kukuh di dada para sahabat. Namun apabila berlaku peperangan Riddah yang memerangi golongan murtad maka ramailah para sabahat yang yang gugur syahid. Kebimbangan melanda umat Islam bilamana syuhada’ adalah majoriti penghafaz al-Quran! Lalu saidina Umar mencadangkan kepada Abu Bakr supaya al-Quran disalin dan dikumpulkan. Walaupun berat untuk dilaksanakan kerana tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah s.a.w, dengan petunjuk dan hidayah Allah dan komitmen para sahabat kerana bimbang al-Quran akan lenyap, maka Ia pun terlaksana.
Setelah wafat Abu Bakr, tampuk pemerintahan dipegang oleh Saidina Umar dan al-Quran yang telah dibukukan tersebut diserahkan kepada beliau untuk memeliharanya sebagai rujukan dan panduan umat Islam seterusnya berpindah ke tangan Hafsah Isteri baginda s.a.w yg juga merupakan puteri saidina Umar.
Islam semakin berkembang dan meluas….dari sehari ke sehari semakin ramai yang memeluk agama Islam berkat kegigihan sahabat dan tabiin dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Maka, ramailah orang yang bukan dari bangsa arab yang membaca al-Quran. Oleh kerana al-Quran pada masa itu masih lagi tidak ada baris dan titik seperti yang ada pada hari ini maka ia amat sukar sekali untuk dibaca sehingga banyaklah berlaku perselisihan dalam bacaan.
Suatu hari dalam pemerintahan Saidina Uthman ketika berlakunya peperangan di Yarmuk perselisihan semakin menjadi-jadi di antara umat Islam yang menyertai peperangan dan hampir berbunuh-bunuhan. Lalu saidina Uthman mengambil inisiatif untuk menyalin al-Quran dalam beberapa mashaf dan dibariskan untuk memudahkan membacanya. Mashaf-mashaf tersebut dihantar ke negara-negara Islam dengan qiraat yang mudah dan bersesuaian dengan negara tersebut bersama wakil dari sahabat untuk memberi tunjuk ajar.
Setelah itu, agama islam semakin pesat dan keilmuan dan penemuan islam semakin berkembang maka lahir satu golongan yang mengkaji dan meneliti al-quran, yang menyusun dan meriwayatkan ilmu qiraat dengan lebih teliti yang dikenali sebagai Qurra’.
Merekalah yang menyusun kaedah dalam ilmu Qiraat demi memudahkan generasi yang akan datang agar tidak timbul sebarang perselisihan yang besar dalam membaca al-Quran. Juga supaya matlamat dan impian Rasulullah s.a.w terhadap umatnya agar sentiasa membaca dan mengamalkan Al-Quran terlaksana.
Benarlah janji Allah yang akan memelihara al-Quran hingga sampai kepada kita pada hari ini tanpa sebarang pengubahan dan penyelewangan dan akan terus terpelihara…Demikianlah Allah merakamkan melalui firmanNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang akan memeliharanya."
Janji Allah tidak ada siapa yang dapat mengubahnya walaupun orang-orang yang memusuhi islam cuba untuk melakukan pelbagai penyelewengan, mentafsir mengikut kemahuan sesuka hati.
Mengenangkan pemeliharaan Allah melalui apa yang dilakukan oleh para sahabat amat terharu dengan kegigihan mereka dalam memelihara ayat-ayat suci ini. Semuanya adalah untuk kita ada hari ini kerana bimbang kita tidak tahu, tidak pandai, keliru
dan tidak memahami al-Quran! Tapi….apa yang kita lakukan? Tepuk dada tanyalah iman…mudah-mudahan kita juga dapat meneruskan kesinambungan ini . Wallahu a’lam
Monday, June 18, 2007
Maksud 7 HURUF

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Setelah kita mengetahui Al-Quran diturunkan dengan 7 huruf dalam catatan yang lepas, atau dalam lafaz yang masyhur dinamakan dengan QIRAAT, kali ini kita akan lihat apakah yang sebenarnya maksud yang tersembunyi disebalik 7huruf itu? Adakah 7 imam qiraat atau huruf hijaiyyah sepertimana yang difahami umum? Benarkah kenyataan mereka ini?
Para pengunjung yang dirahmati Allah sekalian,
Huruf dalam hadis yang lepas bukanlah bermaksud huruf hijaiyyah sepertimana yang biasa kita sebut dan lafazkan, bukan juga imam-imam qiraat yang tujuh kerana QIRAAT ini telah muncul pada zaman Rasulullah saw sejak ia diturunkan sedangkan imam-imam tersebut muncul selepas zaman para sahabat iaitu setelah sempurna al-Quran diturunkan. Apa Yang Dikehendaki Dengan Tujuh Huruf Di sini mengikut pengertian yang diberi oleh para ulama’ terlalu banyak di antara yang termasyhur ialah:
- Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dengan memberi satu makna.
- Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dan keseluruhan wajah bagi kalimah-kalimah tidak terkeluar daripada 7 bahasa.
- Suruhan, tegahan, janji baik, janji buruk, perbantahan, kisah-kisah dan perumpamaan. Atau suruhan, tegahan, halal, haram, muhkam, mutashabih, dan perumpamaan.
Ibnu Jazari pula berpendapat 7 huruf itu bermaksud:
1)Kepelbagaian pada baris tanpa melibatkan perubahan pada makna dan bentuk tulisan. seperti contoh:{يحسب } dengan fathah dan kasrah huruf sin
2)Kepelbagaian pada baris melibatkan perubahan pada makna sahaja seperti contoh:{فتلقى ءادم من ربه كلمت } dengan rafa' pada ءادم dan nasab pada كلمت atau dengan sebaliknya.
3)Kepelbagaian pada huruf melibatkan perubahan pada makna tidak pada bentuk tulisan.
{تتلوا , تبلوا }.
4)Kepelbagaian pada huruf melibatkan perubahan pada bentuk tulisan tidak pada makna.
{الصراط , السراط }.
5)Kepelbagaian pada huruf dan bentuk tulisan { يأتل , يتال }.
6)Kepelbagaian dengan mendahulukan dan mengakhirkan { وقاتلوا وقتلوا }
7)Kepelbagaian dengan menambah dan mengurangkan { ووصى , و أوصى }
Pendapat Imam Fakhruddin Ar Razi.
1)Kepelbagaian pada kata nama sama ada dengan tunggal atau banyak seperti
{ والذى لأمانتهم و عهدهم راعون }
2)Kepelbagaian pada wajah-wajah I'rab seperti
{ فتلقى ءادم من ربه كلمت}
3)Kepelbagaian pada tasrif seperti
{فقالوا ربنا باعد بين أسفارنا }
4)Kepelbagaian dengan mendahulukan dan mengakhirkan seperti {أفلم ييأس, فيقتلون ويقتلون }
5)Kepelbagaian dengan menukarkan. Sama ada huruf dengan huruf atau kalimah dengan kalimah seperti {وانظر إلى العظام كيف ننشزها }
6)Kepelbagaian dengan menambah dan mengurangkan seperti {وأعد لهم جنت تجرى تحتها الأنهر }
7)Kepelbagaian lahjah dengan tafkhim dan tarqiq, fathah dan imalah, izhar dan idgham, tashil, ishmam dan sebagainya.
Mungkin timbul di fikiran sahabat-sahabat bagaimana boleh berlaku khilaf dalam menghuraikan maksud 7 huruf ini sedangkan ia adalah wahyu dari Allah swt?
Sebenarnya pada zaman Rasulullah saw tidak pernah berlaku perselisihan atau pertikaian dalam menetapkan maksud 7 huruf ini kerana para sahabat tidak pernah bertanya kepada baginda junjungan. Sebab apa? Sebab....para sahabat tidak akan bertanya dalam perkara yang mereka telah sedia maklum. Tambahan pula pada zaman tersebut masyarakat arab terkenal dengan gaya bahasa dan balaghah yang cukup tinggi dan indah. Maka dengan sebab itu Al-Quran diturunkan dengan bahasa arab yang keindahan bahasanya mengatasi segala yang mereka karangkan dalam syair-syair.
Zaman pun terus berlalu...bahasa arab semakin kurang penggunaannya, semakin kurang kefahamannya dengan kemasukkan orang-orang bukan arab dalam agama Islam. Maka, disinilah bermulanya perbahasan dan perselisihan dalam menentukan maksud yang terkandung dalam 7huruf seperti yang disabdakan Rasulullah saw. Walaubagaimana banyak pun pendapat para ulama’ namun perselisihan tersebut tidak sama sekali bertentangan seperti halal dan haram, hanya berkisar sekitar ilmu qiraat dengan dalil-dalil dan nas yang kukuh.
Wallahu a’lam


