Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Friday, May 22, 2009

ELAK PERCANGGAHAN ANTARA UCAPAN DAN TINDAKAN


بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila seseorang itu mengaku bahawa dia seorang muslim, beerti orang lain akan selamat dari kejahatan lidahnya serta perbuatannya kerana diantara makna Islam itu adalah Selamat. Begitu juga dengan solat yang di fardhukan yang dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...seandainya diluar solat dia melakukan

kegiatan yang menzalimi orang lain sama ada perbuatan fitnah, dengki, khianat, mengumpat orang lain nyatalah perbuatannya itu bercanggah sama sekali dengan ikrar dan janji setianya ketika dalam solat. Secara automatik dia tergolong sebagai seorang pendusta di hadapan Allah S.W.T.

Oleh itu, jika seseorang menyedari bahawa apabila menyebut kalimah "حنيفا مسلما" di dalam doa iftitah sedangkan dia sedar dirinya telah banyak menzalimi orang lain dengan lidah atau perbuatannya. Maka hendaklah dia menyesal dengan sesungguhnya yang telah melanggar janji-janjinya yang lalu, sesungguhnya dia telah memungkiri janji-janjinya kepada Allah S.W.T..

Apa yang saya hendak ketengahkan di sini adalah tentang sikap kita yang rajin atau suka bercakap tetapi bercanggah dengan apa yang sering kita ucapkan di dalam solat kita....{ أََستغفرالله العظيم} itu belum termasuk persoalan aqidah yang bercanggah, bukankah seluruh paksi kehidupan kita tertegak di atas aqidah? Ingatlah wahai teman percanggahan dengan pengakuan kita merupakan pendustaan kepada Allah S.W.T.

والله أعلام

Friday, May 01, 2009

Usia Bertambah, Amalan Bagaimana Pula.....?


Hari buruh merupakan tarikh wujud aku ke dunia juga merupakan cuti bagi pekerja......usiaku juga makin bertambah....tetapi amalanku belum bertambah....malunya aku kepada Allah...hari-hariku berlalu dengan perkara sia-sia, sibuk dengan dunia, lupa kepada tanggungjawab yang telah diamanahkan, mengulang serta mengingat ayat-ayat Allah...mentadabbur Al-Quran entah ke mana, yang masih kekal cuma "title" nya sahaja...(Al-Hafiz)


Ya Allah....berilah kekuatan dan keazaman yang jitu kepadaku serta sahabat2ku yang pernah menghafaz Al-Quran, agar mengambil berat dengan tanggungjawab sebagai hamlatul Quran.. untuk mengingat dan mengamalkan serta menyebarkan isi kandungan Al-Quran kepada seluruh ummat Islam.....amin Ya Rabb....

Monday, April 27, 2009

Kejar Dunia Untuk Akhirat

Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya dari memakan harta curi, harta samun dan sebagainya serta dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, maka sesunggauhnya dia akan bertemu Allah S.W.T di akhirat kelak dengan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama".

Kesimpulan dari hadis ini bahawa amalan atau pekerjaan yang kita lakukan mestilah disandarkan kerana Allah S.W.T...jika tidak segalanya hanyalah setakat di dunia...tiada saham untuk akhirat

Wednesday, November 26, 2008

SUARA SUFI

SEGALA PUJA DAN PUJI HANYA KEPADA ALLAH SWT, SELAWAT DAN SALAM KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD SALLALAAHU 'ALAIHI WASALLAM SERTA KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA..

KAIFA AHWALUKUM IKHWAH WA AKHAWATI AL-AHIBBA'

SEMOGA SENTIASA BERADA DI BAWAH NAUNGAN ALLAH S.W.T

DI KESEMPATAN YANG RINGKAS INI, ANA YANG DHAIF LAGI HINA INI INGIN MENYERU DIRI INI SERTA IKWAH N AKHAWAT AGAR BERTAQWA KEPADA ALLAH S.W.T YANG TIDAK PERNAH KUNJUNG MALAP MENGURNIAKAN NIKMAT KEPADA KITA HAMBANYA YANG SENTIASA LUPA UNTUK BERSYUKUR...WALAUPUN KITA SEMUA TAHU CARA ATAU KAIFIAT UNTUK MELAFAZKAN ATAU MENGUCAPKAN RASA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT...

ITULAH ANTARA SIFAT ALLAH IAITU MENGASIHI HAMBA-NYA TANPA MENGIRA BAGAIMANA SEKALIPUN KEADAAN HAMBA-NYA SAMA ADA BERSYUKUR ATAU PUN TIDAK , ALLAH TETAP MELIMPAHKAN NIKMATNYA JUGA...

ANTARA CONTOH UNTUK MENZAHIRKAN RASA SYUKUR KEPADA ALLAH IALAH DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHAN ALLAH SERTA MENINGGALKAN SEGALA PERKARA YANG DILARANG OLEH-NYA...SEPERTI MENUTUP AURAT WALAU DALAM APA JUA KEADAAN SAMA ADA CUACA PANAS ATAUPUN SEJUK...

WALLAHU A'LA WAA'LAM....

Friday, September 12, 2008

Mengintai Ramadhan 1429 H

Assalamu 'ala manittaba'al huda....
Sedar tak sedar hari ini masuk hari ke 12 kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bagaimana dengan puasa kita ye adakah sekadar puasa dari lapar dan dahaga sahaja? adakah seluruh tubuh kita turut berpuasa?bagaimana pula dengan solat tarawikh dan solat malam yang dituntut serta i'tikaf di bulan yg mulia ini?bagaimana pula dengan juadah berbuka?
Ana sungguh tak layak untuk menanya sahabat sahabiah yg mengunjungi lantaran kurangnya amalan tapi sebenarnya ana bertanya pada diri ana sendiri...
Sajalah nak berkongsi...kebetulan ana membaca buku karangan Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a. yang berjudul Bidayatul Hidayah. Ana tertarik dengan kata2 beliau mungkin kedengaran biasa tapi bagi ana kata2 yang lahir dari org yang ikhlas dalam mengajak manusia menyembah Allah dan cintakan Allah ada bezanya.
"Ketika berbuka puasa, hendaklah engkau berusaha supaya makanan yg engkau makan itu halal. Dan jangan engkau membanyakkan makan dengan makanan yang lebh dari kebiasaan yang engkau makan pada waktu malam. Apabila engkau menghimpunkan makanan siang kepada malam untuk makan sekaligus ketika berpuasa maka itu hanyalah memindahkan waktu makan sj maka tidak ada makna bagi puasamu. Sedangkan yang dimaksudkan dengan puasa itu ialah memecahkan syahwatmu dan melemahkan kekuatannya supaya engkau dapat lebih berpeluang menambah ketaqwaan tetapi engkau hanya menghimpunkan makan siang kepada makan malam maka apakah maknanya puasamu?bahkan perutmu di watu malam akan lebih berat lagi, sedangkan tidak ada sebarang bekas yang lebih dimurkai di sisi Allah yang lebih daripada perut yang dipenuhkan dengan makanan yang halal. Maka betapa pula halnya kalau perutmu dipenuhi dengan makanan yang haram?"
-hanya yang benar2 berpuasa yang layak menyambut 'Idul Fitri-

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan....kau datang lagi

Ramadhan...kau datang lagi
Taatnya dirimu pada Tuhan menginsafkan diriku
tak pernah sekalipun kau hilang dalam setahun

tak pernah culas kerana kemalasan
sedang diriku selalu alpa
menunaikan tugas sbagai hamba
Ramadhan....
kehadiranmu amat bermakna
bg jiwa yang mahu taubat dari dosa
Allah muliakan dunia ini dgn kelebihan yang ada padamu
keranamu....syaitan durjana dirantai dipenjara
keranamu...terbuka pintu-pintu syurga
Ramadhan...dirimu hadir disaat manusia leka
dalam mengejar material dunia
kau menggugat keseronokan yang membara
kau menyekat kebebasan berpakaian dan bicara
kau membuatkan manusia menghormati agama
betapa kehadiranmu anugerah Pencipta
tanda kasih dan sayangNya
Ramadhan...
syukurku pada Ilahi masih dapat bertemu denganmu
kerinduan ini tak dapat ku bendung lagi
ku ingin menebus segala yang lalu
kan ku lakukan apa saja
demi meraih cinta Tuhanku
Tuhan...
berilah daku kekuatan

salam ramadhan 1429H
mari bersama menuju Ilahi

Friday, August 22, 2008

syair kehidupan

دع الأيام تفعل ما تشاء
وطب نفسا إذا حكم القضاء
وكن رجلا على الأهوال جلدا
وشيمتك السماحة والوفاء
وإن كثرت عيوبك في البرايا
وسرك أن يكون لها غطاء
تستر بالسخاء فكل عيب
يغطيه كما قيل السخاء

Biarkanlah hari-hari berbuat apa saja sesukanyaDan lapangkanlah jiwamu jika takdir telah diputuskan
Janganlah engkau berkeluh kesah dalam menghadapi musibahKarena tidak ada suatu musibah yang kekal di dunia ini
Jadilah engkau seorang yang tabah dalam menghadapi musibahPerangaimu pemaaf dan tepat janji
Jika engkau mempunyai banyak aib dihadapan manusia, dan Engkau tahu rahasia dirimu adalah penutupnyaTutuplah aibmu dengan kedermawananKarena kedermawanan adalah penutup segala aib