Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Friday, September 12, 2008

Mengintai Ramadhan 1429 H

Assalamu 'ala manittaba'al huda....
Sedar tak sedar hari ini masuk hari ke 12 kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bagaimana dengan puasa kita ye adakah sekadar puasa dari lapar dan dahaga sahaja? adakah seluruh tubuh kita turut berpuasa?bagaimana pula dengan solat tarawikh dan solat malam yang dituntut serta i'tikaf di bulan yg mulia ini?bagaimana pula dengan juadah berbuka?
Ana sungguh tak layak untuk menanya sahabat sahabiah yg mengunjungi lantaran kurangnya amalan tapi sebenarnya ana bertanya pada diri ana sendiri...
Sajalah nak berkongsi...kebetulan ana membaca buku karangan Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a. yang berjudul Bidayatul Hidayah. Ana tertarik dengan kata2 beliau mungkin kedengaran biasa tapi bagi ana kata2 yang lahir dari org yang ikhlas dalam mengajak manusia menyembah Allah dan cintakan Allah ada bezanya.
"Ketika berbuka puasa, hendaklah engkau berusaha supaya makanan yg engkau makan itu halal. Dan jangan engkau membanyakkan makan dengan makanan yang lebh dari kebiasaan yang engkau makan pada waktu malam. Apabila engkau menghimpunkan makanan siang kepada malam untuk makan sekaligus ketika berpuasa maka itu hanyalah memindahkan waktu makan sj maka tidak ada makna bagi puasamu. Sedangkan yang dimaksudkan dengan puasa itu ialah memecahkan syahwatmu dan melemahkan kekuatannya supaya engkau dapat lebih berpeluang menambah ketaqwaan tetapi engkau hanya menghimpunkan makan siang kepada makan malam maka apakah maknanya puasamu?bahkan perutmu di watu malam akan lebih berat lagi, sedangkan tidak ada sebarang bekas yang lebih dimurkai di sisi Allah yang lebih daripada perut yang dipenuhkan dengan makanan yang halal. Maka betapa pula halnya kalau perutmu dipenuhi dengan makanan yang haram?"
-hanya yang benar2 berpuasa yang layak menyambut 'Idul Fitri-