Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Friday, October 05, 2007

Wasiat Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya

Bagaimana kita sepatutnya menerima nasihat

Wahai anakku yang tercinta,

Memberi nasihat itu mudah sahaja dan yang paling berat adalah menerima isi nasihat tersebut kerana…isi nasihat tersebut dirasakan sangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikut hawa nafsunya.
Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi( mencari ilmu supaya dapat gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia. Orang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya.
Orang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i’tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah(secular)
Subhanallah…alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini! Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian ia tid k beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu nanti pada hari qiamat akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa seperti sabda Rasulullah s.a.w:

أشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لا ينفعه بعلمه
Ertinya:

“Orang yang paling pedih seksaannya pada hari qiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.”