Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
محمد فضلي بن إبراهيم المربوقي

Saturday, September 22, 2007

Jangan berputus asa dari rahmat Allah


Ibnu Mas’ud berkata: Allah s.w.t. bertanya:

Wahai hambaKu, mengapa kamu berputus asa dari rahmatKu? Bukankah Aku yang menciptakanmu dan yang memberimu keamanan? Kenapa kamu bersikap bodoh kepadaKu, seakan-akan kamu tidak mengenalKu, dan berpaling dariKu seakan-akan kamu tidak setuju denganKu. Wahai hambaKu, jika kamu menjauhiKu maka Aku menjauhimu. Jika kamu bertaubat kepadaKu, maka Aku terima taubatmu. Jika kamu bermaksud kepadaKu, maka Aku bermaksud mendekatkanmu. Jika kamu bingung jalanmu, maka Aku tunjukkan jalanmu. Jika kamu tidak memperhatikan dirimu kerana cinta kepadaKu, maka Aku yang mengurusi urusanmu. Jika kamu menangis kerana sulitnya mengubati dirimu, maka Aku ubati kamu. Jika kamu menangis kerana penyakitmu, maka Aku sembuhkan kamu. Jika kamu menangis kerana gelisah, maka Aku datangi kamu. Jika kamu menangis kerana takut, maka Aku amankan kamu. Dan jika kamu menangis kerana sedih kehilangan hak kamu, maka Aku ganti hakmu (yang hilang). Janganlah kamu putus asa dari rahmatKu. Apakah kamu melihat orang yang memutus hubungan denganKu itu menjadi hina? Apakah kamu melihat orang yang menjauhiKu itu menjadi sakit? Apakah kamu melihat orang yang mencium bau harum dari taman dekat denganKu menjadi kurus? Apakah kamu pernah melihat orang yang mengetahui tanda-tanda pertolonganKu menjadi terbelenggu? Dan apakah kamu pernah melihat orang yang menemui manisnya zikir kepadaKu menjadi meninggalkanku dengan diam-diam? Seakan-akan Allah s.w.t. berkata: Wahai hambaKu, janganlah kamu putus asa, kerana sesungguhnya kamu apabila suka berkhianat, maka Aku terkenal dengan yang maha Pemurah. Yang mempunyai pemberian. Apabila kamu mempunyai tabiat yang kasar, maka Akulah yang suka menepati janji. Apabila kamu yang mempunyai kejahatan, maka Akulah yang mempunyai kesabaran. Apabila kamu mempunyai kelalaian, maka Akulah yang mempunyai ampunan dan rahmat. Apabila kamu mempunyai ketakutan tidak diterima doa, maka Akulah yang mengkabulkan doamu. Maka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Dzat yang murah dengan ampunanNya terhadap tukang-tukang sihir yang ramah dan menjadikan mereka termasuk golongan orang-orang yang baik.

Saturday, September 15, 2007

Sunat-sunat Puasa



  • Segera berbuka
    Makanan yang paling baik ialah kurma, tetapi jika tidak ada kurma memadailah dengan air sahaja
    Sabda nabi s.a.w:
    “Umatku sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka segera berbuka”


  • Mengakhirkan sahur
    Ini kerana dapat menolong kekuatan tubuh pada siang hari. Terdapat dua keuntungan dengan mengakhirkan sahur selain mengerjakan sunnah ia juga dapat menemukan waktu solat subuh.
    Sabda Rasulullah s.a.w:
    “bersahurlah kerana di dalam sahur itu terdapat barakah”


  • Tidak berlebih-lebihan pada waktu berbuka
    Makan sekadarnya kerana tujuan berpuasa untuk mendidik nafsu dan melemahkan syahwat. Ini kerana dengan perut yang kenyang akan mengeraskan hati, menjadi lalai dan malas dalam beribadah.


  • Memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa
    Meskipun dengan hanya dua biji kurma dan seteguk air. Sabda Rasulullah s.a.w:
    “Barangsiapa member buka kepada orang yang berpuasa ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun daripada pahalanya.”


KEBESARAN BULAN RAMADHAN

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan sabar, tabah menghadapi bencana pahala syurga”

“Ketika datang bulan Ramadhan maka dibuka pintu syurga dan terkunci pintu neraka, dan terbelenggu para syaitan”

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakannya dengan iman dan ihtisab kerana Allah semata-mata, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lepas”


ADAB ORANG BERPUASA



  • Memelihara lisan daripada berbohong, mengumpat dan mencela

  • Memelihara kedua-dua mata daripada melihat atau mencium hal-hal yang haram

  • Menjaga perut daripada dimasuki makanan yang diragui dan lebih2 lagi yang haram ketika berbuka

  • Wajib menjauhi segala bentuk maksiat

  • Jangan banyak tidur di waktu siang hari dan jangan banyak makan pada waktu malamnya

  • Tidak menyibukkan diri dengan urusan semata-mata tetapi memanfaatkan masa untuk beribadah kepada Allah